◉ HEADLINES

‘Tiada maaf bagi mu’, Pemuda Amanah akan tetap buat laporan polis ke atas Dd Chronicle

Pemuda Amanah akan mengadakan laporan polis secara serentak di seluruh negara pada jam 5 petang ke atas Dd Chronicle supaya polis boleh jalankan siasatan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pemuda parti Amanah akan tetap meneruskan laporan polis ke atas pempengaruh media sosial, Dd Chronicle di seluruh negara meskipun dia telah memohon maaf selepas didakwa cuba mempersendakan isu enakmen mahkamah syariah, menerusi video parodi yang tular sejak Selasa lalu.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Danial Al-Rashid Haron berkata, Pemuda Amanah akan membuat laporan di seluruh negara terhadap Dd Chronicle atau nama sebenarnya Dediy Sulaeman Ra’e, 43, pada jam 5 petang ini.

“Ya akan teruskan (laporan). Saya akan berada di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Shah Alam jam 5 petang,’’ tegasnya ketika dihubungi Scoop, hari ini.

DD, yang mempunyai 1 juta pengikut di Facebook hari ini telah memuat naik video memohon maaf dan memaklumkan telah memadamkan video yang dibuat mengenai enakmen tersebut.

Dia mengakui terlepas pandang dan tidak berhati-hati terhadap fakta walaupun hanya untuk video parodi dan disebabkan itu, DD memberitahu telah memadamkan video tersebut demi menghormati undang-undang.

“Sebenarnya saya tiada masalah dengan isu baru-baru ini, cuma risaukan masalah yang akan datang apabila undang-undang agama kita terkulai begitu sahaja, maka terhasillah video itu,’’ katanya dalam video terbabit.

Mengulas lanjut, Danial ketika ditanya mengenai permohonan maaf DD berkata:

“Dia boleh defend (pertahankan) diri dia dalam pembelaan nanti.

Danial dalam pada itu menerusi hantaran di Facebooknya menganggap video parodi itu adalah tindakan melampau yang sengaja dibuat bagi mengelirukan masyarakat mengenai isu keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

Jelasnya, pempengaruh itu menggunakan kes arak, judi dan liwat dengan menggambarkan seolah-olah umat Islam di Malaysia menerima perbuatan tersebut serta meremehkan undang-undang syariah sedia ada.

“Sedangkan dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan, seksyen mengenai kesalahan minum arak dan berjudi tidak termasuk dalam 16 perkara yang dibatalkan dan masih berkuatkasa sebagai satu kesalahan jenayah.

“Justeru Pemuda Amanah akan mengadakan laporan polis secara serentak di seluruh negara pada jam 5 petang ke atasnya supaya polis boleh jalankan siasatan,’’ katanya. – 15 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related