◉ HEADLINES

PM bantah keras tindakan pembangkang keluar dewan ‘tidak sopan dan tidak hormati institusi diraja’

Mereka membantahnya kerana menyifatkan ia sebagai tidak pernah berlaku dan tiada dalam aturan mesyuarat

4:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah keras tindakan pembangkang yang keluar dewan apabila beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan terima kasih kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, petang ini.

Menurut beliau, ia menunjukkan sikap tidak sopan pembangkang serta tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong.

“Inilah masalah dalam negara kita ini, setelah dengar titah yang di-Pertuan Agong, (tapi) tidak faham, kerana disebabkan oleh dendam kesumat dan cemburu buta sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pembangkang telah bertindak keluar dari Dewan Rakyat selepas Speaker, Tan Sri Johari Abdul membenarkan slot diberikan kepada Perdana Menteri untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan terima kasih kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, petang ini.

Mereka membantahnya kerana menyifatkan ia sebagai tidak pernah berlaku dan tiada dalam aturan mesyuarat.

Menurut Anwar, adalah tidak munasabah usul itu dibentangkan selepas akhir sidang Dewan Rakyat.

“Saya patut datang pagi tadi tetapi kita ada kunjungan daripada Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan saya telah memohon kepada Speaker Dewan Rakyat untuk bentangkan petang ini.

“Ini mengambil kira apa yang dianggap mendahulukan, kalau kita nak ucap terima kasih kepada mantan Agong selepas habis sidang, tidak munasabah.

“Mereka (pembangkang) boleh bantah proses dan kita pertahankan proses dan Yang Dipertua Dewan Rakyat buat keputusan,” katanya.

Jelasnya, perkara berkenaan tiada kaitan dengan titah diraja sebaliknya merupakan tanggungjawab Dewan Rakyat untuk merakamkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan merakamkan terima kasih kepada mantan Agong yang atas perkhidmatan sebelum ini.

“Titah Diraja masih Titah Diraja tetapi ia tentunya ada ruang untuk ditambah, termasuk hal yang menyakitkan hati mereka (pembangkang),” katanya. – 27 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related