◉ HEADLINES

166 rakyat Indonesia berdepan hukuman mati di luar negara, kebanyakannya di Malaysia

Daripada jumlah itu, 108 pesalah berdepan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah dan 58 lagi kerana membunuh dengan 133 daripada jumlah itu adalah lelaki dan 33 wanita

3:32 PM MYT

 

JAKARTA – Seramai 166 warga Indonesia kini meringkuk dalam penjara di luar negara sementara menunggu pelaksanaan hukuman mati atas kesalahan berkaitan dadah dan pembunuhan, kebanyakannya di Malaysia dan Asia Barat, lapor Agensi Berita Antara.

Menurut seorang pegawai Kementerian Luar, jumlah tertinggi direkodkan di Malaysia berkaitan jenayah pengedaran dadah manakala selebihnya di negara-negara Asia Barat terutamanya berkaitan pembunuhan.

Daripada jumlah itu, 108 pesalah berdepan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah dan 58 lagi kerana membunuh dengan 133 daripada jumlah itu adalah lelaki dan 33 wanita.

Bagaimanapun, mereka yang dijatuhi hukuman mati di Malaysia tidak akan menjalani hukuman itu kerana negara berkenaan telah memansuhkan hukuman mati mandatori pada tahun 2023.   

Sementara itu, Pengarah Perlindungan Warganegara dan Hal Ehwal Undang-undang Judha Nugraha berkata kerajaan Indonesia melalui kedutaannya di luar negara memberikan bantuan guaman dengan menyediakan peguam dan jurubahasa semasa prosiding undang-undang.

Kerajaan juga terlibat dalam usaha diplomatik, terutamanya untuk kes-kes yang telah diselesaikan secara sah, termasuk menghantar surat memohon pengampunan dari Duta Besar dan Presiden.

Beliau berkata kementerian memudahkan pertemuan semula antara mereka yang ditahan di penjara dan ahli keluarga mereka sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk membantu rakyatnya di saat-saat sukar di luar negara. – 6 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Over 50 Malaysians unreachable after catastrophic Nepal deluge

Communication lines down and major routes destroyed as regional search-and-rescue efforts scramble to reach hundreds missing across the border region

◉ Related