◉ HEADLINES

Azeem galas misi besar layak ke Sukan Olimpik Paris 2024

Azeem akan menyertai kejohanan pemanas badan pada minggu pertama Ramadan, dan yakin fizikalnya dalam keadaan terbaik biarpun berpuasa

1:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjadikan Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai sasaran terbesarnya tahun ini, sekali gus mencapai impian meraih penampilan sulung dalam temasya sukan berprestij dunia itu.

Penuntut Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat (AS) itu yang mencipta sensasi pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun 2022 di Cali, Colombia dan Sukan Asia Hangzhou 2022 tahun lalu, berkata, keinginannya adalah untuk terus mengharumkan nama negara.

“Saya mohon agar semua peminat tanah air mendoakan saya berjaya layak ke Olimpik.

“Itu adalah sasaran terbesar saya tahun ini untuk terus mengharumkan nama negara dan meletakkan nama Malaysia di persada dunia,” kata pemenang pingat gangsa 100 meter (m) lelaki Sukan Asia Hangzhou 2022 ketika dihubungi Bernama.

Atlet yang akan menginjak usia 20 tahun pada bulan depan itu merancang akan memulakan misi layak ke Paris 2024 yang dijadual berlangsung Julai ini, sambil menjalani ibadah puasa.

Selepas membuat persediaan rapi termasuk menyertai beberapa kejohanan di dalam dewan, beliau berharap tiada halangan untuk bertanding dalam kejohanan Jemputan Yellow Jacket (luar dewan) di Georgia Tech, Atlanta pada 15 dan 16 Mac ini.

Kejohanan itu merupakan pertandingan di luar dewan pertama yang akan disertainya tahun ini.

Beliau berkata, bertanding pada minggu pertama Ramadan ialah perancangannya, selepas itu akan menumpukan perhatian kepada latihan selain menjalani ibadah puasa di perantauan.

Azeem yang memegang rekod kebangsaan 10.09s akan menyertai pertandingan pada minggu pertama Ramadan dengan beraksi dalam kejohanan Jemputan Yellow Jacket di Georgia Tech, Atlanta dari 15 hingga 16 Mac ini. – Gambar Instagram Azeem Fahmi, 9 Mac, 2024

“Kenapa saya dan jurulatih memilih untuk bertanding pada minggu pertama Ramadan adalah kerana saya yakin kondisi badan saya masih dalam keadaan terbaik walaupun sudah mula berpuasa untuk beberapa hari.

“Sekarang, saya ada baki lebih kurang enam hingga lapan kejohanan untuk cuba melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris, baik melalui merit ranking dunia atau standard qualifying mark iaitu 10 saat (s),” kata atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu.

Cabaran Azeem pada kejohanan di Atlanta ialah merakam masa di bawah 10.20s yang tidak begitu jauh daripada catatan musim terbaiknya tahun lepas iaitu 10.11s dan rekod kebangsaan miliknya 10.09s yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun 2022.

Sebagai rekod, Azeem menduduki tempat kelima dalam final 100m Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Bangkok, Thailand dengan catatan 10.25s dan mara sehingga pusingan pertama 100m Kejohanan Dunia 2023 di Budapest, Hungary.

Bulan lalu, Azeem merekodkan 6.55s dalam acara 60m pada sebuah kejohanan di dalam dewan di Kompleks Trek & Padang Tertutup Clemson, South Carolina.

Bekas pemegang rekod kebangsaan Watson Nyambek merupakan atlet negara terakhir bersaing dalam acara 100m lelaki di Olimpik iaitu pada edisi Atlanta 1996 dan Sydney 2000, manakala bekas raja pecut Asia Tenggara Nazmizan Muhammad menjadi wakil negara terakhir beraksi dalam acara 200m lelaki pada edisi Athens 2004. – 9 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related