◉ HEADLINES

Ada mangsa penipuan pekerjaan luar negara yang diselamatkan, jadi ejen sindiket: PDRM

Kita membuat saringan di lapangan terbang, kita lihat mereka ini pernah keluar ke negara lain dalam cara atau konteks yang lebih kurang sama seperti sebelumnya

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia mengesyaki terdapat mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara yang pernah diselamatkan sebelum ini, menjadi ejen sindiket bagi merekrut raykat negara ini untuk bekerja di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata perkara itu dikesan, hasil saringan daripada keseluruhan individu yang diselamatkan di Myanmar baru-baru ini.

“Kita membuat saringan di lapangan terbang, kita lihat mereka ini pernah keluar ke negara lain dalam cara atau konteks yang lebih kurang sama seperti sebelumnya.

“Apabila kita panggil dan siasat, jawapan yang diberikan oleh mangsa seperti ‘sudah dilatih’,” katanya pada sidang media selepas Sesi Libat Urus JSJ Bersama Masyarakat di dewan Pusat Komuniti TTDI di sini, hari ini.

Bagi mengatasi masalah terbabit, Mohd Shuhaily berkata pihaknya telah memaklumkan situasi tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri, bagi menilai prosedur pengeluaran dokumen perjalanan mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.

Mohd Shuhaily turut mendedahkan seramai 16 individu, dikenal pasti sudah kembali ke negara tempat mereka terbabit dengan sindiket penipuan pekerjaan sebelum ini.

“Kalau mereka tidak terlibat dengan apa juga permasalahan, dia akan kembali ke negara ini secara normal, namun sekiranya dia ditangkap atau menghadapi masalah sama itu menunjukkan sangkaan kita benar, bahawa mereka ini tidak serik-serik dengan apa yang pernah berlaku,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata seramai 326 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, berjaya diselamatkan dari tahun 2021 hingga 23 Feb lepas, manakala 133 orang masih terkandas di luar negara.

Beliau berkata kebanyakan mangsa dibawa ke negara seperti Kemboja, Myanmar, Thailand dan Laos,  dan berdasarkan kajian, 73 peratus daripada mereka bekerja sebagai scammer, 12 peratus sebagai petugas khidmat pelanggan, lapan peratus bekerja di kasino dan tujuh peratus menjalankan pelbagai pekerjaan seperti tukang masak dan sebagainya. – 9 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related