◉ HEADLINES

Pengukuhan sistem penghantaran grid Sabah perlu dilaksanakan segera

Projek Southern Link ini akan melibatkan pembinaan talian penghantaran sepanjang 330km bermula daripada Sipitang ke Tenom dan seterusnya ke Kalabakan dan Tawau

12:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berharap projek ‘Southern Link’ yang bakal melengkapkan Grid Negeri Sabah akan dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Mohd Yaakob Jaafar berkata perlaksanaan projek tersebut adalah sangat penting berikutan kejadian kecemasan melibatkan dua menara talian penghantaran T194 dan T300 di Ranau yang perlu dibaiki dengan segera akibat kerosakan struktur.

Pada masa ini, satu-satunya talian penghantaran 275kV yang menghubungkan Pantai Timur Sabah dengan Pantai Barat Sabah adalah melalui talian penghantaran 275kV Kolopis – Segaliud.

Menurut beliau pelaksanaan projek Southern Link ini akan melibatkan pembinaan talian penghantaran sepanjang 330km bermula daripada Sipitang ke Tenom dan seterusnya ke Kalabakan dan Tawau.

CEO SESB, Mohd Yaakob (tiga kanan) bersama kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di lokasi pemasangan Menara lencongan kecemasan Emergency Restoration System (ERS) di Ranau. – Gambar ihsan SESB, 25 Mac, 2024

Sekiranya projek ini diluluskan untuk perlaksanaan pada tahun hadapan, ia dijangka dapat disiapkan pada tahun 2030 dan amat kritikal kerana lebih kurang 200MW keperluan tenaga elektrik di Pantai Timur Sabah masih ditampung oleh penjanaan daripada Pantai Barat Sabah.

Mohd Yaakob berkata SESB masih menunggu keputusan akhir Kerajaan mengenai pelaksanaan projek ‘Southern Link’ ini.

Kerosakan serius terhadap dua menara penghantaran sedia ada di Ranau ditangani segera oleh SESB dengan memasang Menara lencongan kecemasan Emergency Restoration System (ERS).

Pemasangan ERS itu adalah dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Kerajaan Negeri Sabah dan disiapkan lebih awal pada 20 Mac 2024. – 25 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Mahkamah benarkan rayuan Badan Peguam cabar DNAA Zahid

Panel tiga hakim memutuskan permohonan Badan Peguam bukan sesuatu yang remeh namun menimbulkan isu yang boleh dibicarakan yang wajar didengar pada peringkat substantif

Early start for Abang Bas in Putrajaya

When most Malaysians are getting some shut-eye before attending the National Day 2023 celebration at Dataran Putrajaya today, bus driver Mohammad Saudi Abd Sahiis is eagerly on the road to ferry passengers to the venue.

Remembering Tun Samy Vellu: a minister who listened and acted – Ravindran Raman Kutty

The writer reminisces about the late Works Minister's work ethic on what would have been his 89th birthday

◉ Related