◉ HEADLINES

Lagi pegawai kanan agensi penguat kuasa direman terbabit tuntutan palsu RM1.18 juta

Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lagi pegawai kanan sebuah agensi penguatkuasaan ditahan kerana disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan palsu membabitkan kerja penyelenggaraan kapal bernilai RM1.18 juta.

Perintah reman selama sehari bermula hari ini ke atas suspek berusia dalam lingkungan 40-an, dikeluarkan Majistret Siti Noor Hasliza Md Ali, selepas permohonan reman dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar Kedah, pagi tadi.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek ditahan kira-kira jam 5 petang semalam di Pejabat SPRM Kedah ketika hadir untuk memberi keterangan.

Semalam, SPRM menahan reman empat individu termasuk seorang pemilik syarikat dan seorang pengarah logistik penguat kuasa kerana disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan palsu membabitkan kerja penyelenggaraan kapal agensi penguat kuasa antara Julai hingga November 2020.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – 27 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Over 50 Malaysians unreachable after catastrophic Nepal deluge

Communication lines down and major routes destroyed as regional search-and-rescue efforts scramble to reach hundreds missing across the border region

◉ Related