◉ HEADLINES

Pasangan suami isteri bekal senjata api kepada warga Israel direman tujuh hari

Kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Senjata 1960

1:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga tempatan yang disyaki menjadi pembekal senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, pada 27 Mac lalu, direman selama tujuh hari.

Ketika dihubungi Scoop, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perintah reman terhadap pasangan berusia 42 dan 40 tahun itu dibuat bagi siasatan di bawah Akta Senjata 1960.

Terdahulu Razarudin berkata, pasangan itu ditahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada jam 7.30 malam tadi.

Menurut beliau, mereka ditahan di Kuala Selangor dan dibawa ke kediaman mereka sebelum sepucuk pistol ditemukan dalam beg galas di kereta milik mereka.

“Suspek lelaki dipercayai individu bertanggungjawab membekalkan enam pistol kepada warga Israel terbabit yang memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis,” katanya sambil menambah siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap kejadian tersebut.

Malah katanya, pasangan suami isteri itu mengakui membeli senjata api berkenaan dari Thailand.

Semalam pada sidang media, Razarudin berkata, pihaknya menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol pelbagai jenis di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu.

Beliau berkata, susulan pemeriksaan ke atas suspek mendapati dia telah masuk ke Malaysia pada 12 Mac lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, siasatan juga mendapati lelaki berusia 36 tahun itu menggunakan pasport Perancis untuk masuk ke negara ini.

“Apabila disoal siasat, suspek kemudian beri satu lagi pasport iaitu pasport Israel.

“Siasatan lanjut, pihak berkuasa merampas sejumlah enam pucuk senjata api yang ditemui di dalam beg di bilik hotel didiami suspek.

Soal siasat lanjut, Razarudin berkata, suspek memberitahu dia datang ke Malaysia untuk mencari seorang warga Israel untuk dibunuh, kononnya ada isu berkaitan keluarga. – 30 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

History of ancient Kedah: nation-building should be based on facts, not racial polemics – Abdul Rahmat Omar

Academics should not spread false narratives, but instead present research grounded in verified evidence and reliable sources

PAS must win 60 seats in GE16: Tuan Ibrahim

From 18 federal seats in GE14 to 43 in GE15, party leaders aim for more but call for hard work to engage voters and improve public image

◉ Related