◉ HEADLINES

Encorp, alumni Penang Free School hulur sumbangan kepada keluarga P. Ramlee

Mereka percaya isu royaltinya harus ditangani melangkaui pendekatan undang-undang

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mengiktiraf legasi artis legenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sekumpulan peminat yang terdiri daripada pemaju hartanah terkemuka dan persatuan alumni Penang Free School tampil menghulurkan sumbangan kewangan bagi meringankan beban dihadapi keluarganya.

Pengerusi Encorp Bhd, Yusmadi Yusoff baru-baru ini melawat kediaman Sazali di Semenyih, menyampaikan dana terkumpul berjumlah RM4,100 kepada keluarga itu.

Inisiatif itu yang diterajui Old Frees Association di Singapura, mendapatkan sumbangan daripada tokoh terkenal seperti bekas Menteri Luar Singapura, George Yeo dan arkitek yang juga cendekiawan terkenal, Teh Key Soon.

Yusmadi bimbang terhadap cabaran dihadapi Sazali dan isterinya, Hamidah Hitam yang bergantung terutamanya kepada pembayaran kebajikan kerajaan, walaupun status P. Ramlee sebagai karyawan ulung negara.

Beliau menekankan perlunya pendekatan holistik untuk menangani isu legasi P. Ramlee selain menggesa menghentikan pertikaian mengenai royalti dan menyokong usaha berterusan untuk keluarganya.

“Bayaran terakhir (royalti) adalah lebih kurang RM8,000 dan dibuat tahun lepas. Pada masa ini, satu-satunya sumber pendapatan mereka ialah bayaran kebajikan daripada kerajaan.

“Isterinya kini dalam keadaan tidak sihat kerana baru-baru ini terlibat dalam kemalangan kereta, dan keluarga bergantung kepada royalti untuk membayar keperluan mereka,” katanya kepada Scoop.

Menurut Akta Hak Cipta 1987, bayaran royalti kepada waris artis untuk sesuatu karya terhenti 50 tahun selepas kematian mereka.

Sazali memohon bayaran royalti itu dilanjutkan sehingga 70 tahun, bagaimanapun dia masih belum menerima maklum balas rasmi daripada kerajaan.

Yusmadi berkata, amat penting meneliti isu royalti P. Ramlee bukan sahaja melalui pendekatan undang-undang semata-mata, tetapi juga berdasarkan pertimbangan sosial, budaya dan kemanusiaan.

Menonjolkan kesan budaya P. Ramlee yang mendalam di seluruh Asean, Yusmadi menegaskan kepentingan mengangkat isu itu kepada kepentingan negara dan memupuk persefahaman dua hala dan serantau.

Beliau menggesa penglibatan lebih besar daripada kepimpinan di Malaysia dan Singapura untuk mengangkat legasi P. Ramlee dan memastikan keluarganya mendapat pengiktirafan dan sokongan sewajarnya.

“Legasi P. Ramlee jelas untuk dilihat dan impaknya dapat dilihat di seluruh Asean. Isu ini perlu dilihat sebagai isu kepentingan negara. Itu satu-satunya cara untuk mengekalkan warisannya.

“Tan Sri P. Ramlee adalah pegangan bersama untuk memupuk persefahaman dua hala dan serantau dalam kalangan kedua-dua negara dan juga di Asean.

“Adalah penting untuk memberi pertimbangan sewajarnya untuk membantu keluarga P. Ramlee, memastikan warisan sah daripada legasinya dihormati dengan sewajarnya,” katanya.

Menekankan kepentingan lebih luas inisiatif seperti itu, Yusmadi berkata, potensi diplomasi budaya untuk merapatkan jurang dan menggalakkan persefahaman bersama, meletakkan P. Ramlee sebagai kuasa penyatuan dalam komuniti Asean. – 20 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related