◉ HEADLINES

Rebah ketika turun dari bas, anggota Malbatt meninggal dunia di Lubnan

Allahyarham pada ketika itu baru pulang ke Lubnan setelah selesai bercuti di Malaysia

4:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (Malbatt) 850 Siri 11 (850-11) bagi Misi United Nations Interim Force in Lebanon (Unifil), dilaporkan meninggal dunia di Lubnan, awal pagi semalam.

Menurut Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM), Sarjan Faridah Abd Rahman disahkan meninggal dunia pada jam 2.25 pagi waktu tempatan (7.25 pagi waktu Malaysia).

Katanya, Allahyarham bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam Malbatt 850-11 di Kem Marakah, Lubnan.

“Allahyarham telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Malbatt 850-11 apabila beliau rebah setelah turun dari bas di Kem Marakah. Allahyarham pada ketika itu baru pulang ke Lubnan setelah selesai bercuti di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MK ATM memaklumkan, jenazah Allahyarham akan dihantar ke Hospital Hammoud, Saida untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Proses bedah siasat tersebut akan dilaksanakan pada hari ini jam 10.30 pagi waktu Lubnan atau jam 3.30 petang waktu Malaysia,” katanya.

Allahyarham berusia 39 tahun dan berasal dari Pendang, Kedah.

Allahyarham mula memasuki perkhidmatan ATM dengan menyertai Tentera Darat sejak 2007 dan ditugaskan di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).

Allahyarham sebelum ini bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam di Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Di Raja (Mekanize), Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah sebelum diatur gerak menyertai Misi Malbatt 850-11 Unifil.

Arwah telah mendirikan rumah tangga serta mempunyai empat orang anak iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki berusia antara 4 hingga 10 tahun.

“Markas Angkatan Bersama (MK AB) yang berperanan menyelaraskan semua keperluan operasi dan misi ATM di luar negara termasuk atur gerak Malbatt 850-11 bagi Misi Unifil akan menguruskan proses penghantaran pulang jenazah Allahyarham ke Malaysia,” tambah MK ATM. – 19 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

As horror stories unfold, Malaysia leads Asean crackdown on Myanmar job scams

Victims report being electrocuted, beaten up, tortured, and barely compensated after they were tricked into what former Thai PM calls a syndicate for ‘dirty money’ to finance conflict

◉ Related