◉ HEADLINES

Lisa Blackpink cipta rekod, ‘Lalisa’ cecah 700 juta tontotan di YouTube

Menariknya video muzik solo untuk debut album ‘Lalisa’ telah melepasi 700 juta tontonan di YouTube biarpun diterbitkan pada 10 September, 2021, iaitu dalam tempoh 987 hari

10:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang juga ahli kumpulan K-Pop, Blackpink, Lisa sekali lagi memecahkan rekod di YouTube!

Semalam sekitar jam 11.50 malam, video muzik solo untuk debut album ‘Lalisa’ telah melepasi 700 juta tontonan di YouTube.

Menariknya, muzik video Lalisa diterbitkan pada 10 September, 2021 dan ini bermakna video berkenaan berjaya mencecah angka tersebut dalam masa 987 hari.

Lebih membanggakan Lalisa masih boleh memecahkan rekod biarkan sudah tiga tahun ia diterbitkan.

Lisa menjadi penyanyi K-Pop wanita paling pantas mencecah angka 700 juta tontonan di YouTube. – Gambar media sosial, 25 Mei, 2024

Ia sekali gus menjadikan pencapaian penyanyi kelahiran Thailand itu sebagai paling pantas bagi penyanyi wanita K-Pop.

Sebelum ini video persembahannya ‘Money’ berjaya mencecah 700 juta, namun Lalisa merupakan muzik video pertamanya yang berjaya sampai ke angka berkenaan.

Susulan kejayaan berkenaan, peminatnya di seluruh dunia memuatnaik ucapan tahniah kepada Lisa dengan perkataan Congratulations LISA kini trending di aplikasi X.

Mereka menghitung hari untuk angka berkenaan mencecah 1 bilion. – 25 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

As horror stories unfold, Malaysia leads Asean crackdown on Myanmar job scams

Victims report being electrocuted, beaten up, tortured, and barely compensated after they were tricked into what former Thai PM calls a syndicate for ‘dirty money’ to finance conflict

◉ Related