◉ HEADLINES

Polis mohon sambung reman ibu, bapa Zayn Rayyan

Permohonan itu akan dikemukakan selepas tempoh reman yang diperoleh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada minggu lalu tamat esok

10:40 AM MYT

 

PETALING JAYA — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon untuk melanjutkan tempoh reman terhadap ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ketika dihubungi Scoop, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, permohonan itu akan dikemukakan selepas tempoh reman yang diperoleh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada minggu lalu tamat esok.

Beliau memberitahu, segala aspek masih lagi dalam siasatan.

“Ya, esok akan disambung reman,” katanya.

Walau bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapa dan berapa ramai lagi yang akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, peguam mewakili kedua-dua pasangan berkenaan, Fahmi Abd Moin memberitahu Scoop bahawa pihaknya sudah dimaklumkan mengenai permohonan polis untuk menyambung reman berkenaan.

Beliau juga memaklumkan masih belum dapat bertemu dengan ibu dan bapa Zayn Rayyan buat masa ini.

“Saya masih menunggu jawapan surat (permohonan) yang saya kemukakan (untuk bertemu ibu dan bapa Zayn Rayyan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya),” katanya.

Minggu lalu, ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu yang ditemukan meninggal dunia berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, 6 Disember tahun lalu.

Mereka ditahan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan polis terhadap kes tersebut.

Pada 4 Jun lalu, Fahmi yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya dilantik mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak autisme itu.

Menurut Fahmi, keputusan itu dibuat setelah mendapat persetujuan pasangan suami isteri itu selepas Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co mengesahkan beliau tidak lagi mewakili mereka.

Pada 5 Disember tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai, Selangor sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri. – 6 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

As horror stories unfold, Malaysia leads Asean crackdown on Myanmar job scams

Victims report being electrocuted, beaten up, tortured, and barely compensated after they were tricked into what former Thai PM calls a syndicate for ‘dirty money’ to finance conflict

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

History of ancient Kedah: nation-building should be based on facts, not racial polemics – Abdul Rahmat Omar

Academics should not spread false narratives, but instead present research grounded in verified evidence and reliable sources

◉ Related