◉ HEADLINES

Mayat lelaki bogel dengan kesan tikaman ditinggalkan tepi jalan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kes diklasifikasi sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

4:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan dalam keadaan bogel di Laluan Perusahaan Klebang 1, Ipoh, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis menerima maklumat berhubung insiden pergaduhan yang berlaku sehingga menyebabkan kematian mangsa kira-kira jam 12.20 tengah malam tadi.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap badan mangsa menemui kesan luka di dada, telinga dan kaki mangsa termasuk disebabkan tikaman.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati lelaki itu ditemui dalam keadaan bogel di tepi jalan dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri padanya.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan luka pada bahagian dada, telinga dan kaki mangsa.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan disahkan meninggal dunia disebabkan kesan tikaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan luka pada bahagian dada, telinga serta kaki mangsa, dan mangsa disahkan meninggal dunia disebabkan kesan tikaman. – Gambar Bernama, 10 Jun, 2024

Mengulas lanjut, Abang Zainal berkata, kes diklasifikasi sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan saksi terbabit akan dirakam percakapan mereka.

“Sehubungan itu, kami memohon ahli keluarga tampil untuk pengecaman identiti mangsa.

“Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil memberi keterangan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Norshaharah Marzuki di talian 010-379 0508 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Ujarnya, polis memandang serius kejadian itu dan menyeru orang ramai supaya bersabar dalam apa jua keadaan dan tidak melakukan sebarang perbuatan menyalahi undang-undang. – 10 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related