◉ HEADLINES

Semua syarat SSA berjaya dipenuhi, 4 telco akan ambil pegangan ekuiti: DNB

Dengan selesainya langkah penting ini, SSA ini dijangka lengkap pada akhir Jun 2024 untuk kesemua MNO, selain Telekom Malaysia

10:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Digital Nasional Berhad (DNB) mengesahkan kesemua syarat terdahulu yang terkandung di bawah Perjanjian Langganan Saham (SSA) berjaya dipenuhi pada 20 Jun 2024.

Dalam kenyataan hari ini, DNB berkata, ini merupakan pencapaian penting mengenai SSA dengan empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) di Malaysia iaitu CelcomDigi Bhd melalui Infranation Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, dan YTL Communications Sdn Bhd melalui YTL Power International Bhd.

“Dengan selesainya langkah penting ini, SSA ini dijangka lengkap pada akhir Jun 2024 untuk kesemua MNO, selain Telekom Malaysia Bhd (TM), untuk meningkatkan pegangan ekuitinya dalam DNB,” katanya.

Pada 1 Disember 2023, DNB dan Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MoF Inc) memeterai SSA dengan lima MNO, justeru membolehkan penyertaan MNO dalam DNB melalui pemilikan ekuiti.

Tarikh untuk TM adalah pada 21 Ogos 2024 bagi mendapatkan kelulusan pemegang sahamnya, selaras dengan keperluan tadbir urusnya, kata DNB.

Menerusi terma SSA, MNO dijangka secara kolektif memperoleh 70% pegangan ekuiti dalam DNB, dengan setiap MNO memegang 14% kepentingan.

Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh MoF Inc., akan mengekalkan 30% kepentingan dan Saham Khas dalam DNB untuk tempoh yang ditetapkan.

Memandangkan pihak yang terlibat dalam usaha untuk melengkapkan SSA berkenaan, DNB kekal komited untuk memacu inovasi teknologi dan memperluas perkhidmatan digital di seluruh negara, mendorong Malaysia yang lebih terhubung dan diperkasa secara digital. – 21 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

As horror stories unfold, Malaysia leads Asean crackdown on Myanmar job scams

Victims report being electrocuted, beaten up, tortured, and barely compensated after they were tricked into what former Thai PM calls a syndicate for ‘dirty money’ to finance conflict

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

◉ Related