◉ HEADLINES

Proses penamaan calon PRK Sg Bakap bermula 9 pagi ini

Setakat semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan enam borang pencalonan sudah pun dijual

8:36 AM MYT

 

NIBONG TEBAL – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap membuka tirainya hari ini dengan penamaan calon berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini.

Proses penamaan calon bermula pada 9 pagi dan calon diberikan tempoh sejam hingga 10 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan.

Selepas itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim akan mengumumkan nama-nama calon yang layak bertanding pada kira-kira 11 pagi.

Setakat semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan enam borang pencalonan sudah pun dijual.

SPR menetapkan hari mengundi awal bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 2 Julai ini manakala hari mengundi 6 Julai, dengan kempen akan berlangsung selama 14 hari bermula hari ini hingga 11.59 malam 5 Julai.

Pada Rabu lepas, Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menamakan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Joohari Ariffin sebagai ‘ayam tambatan’ mereka untuk merampas kerusi DUN itu manakala Perikatan Nasional (PN), mempertaruhkan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lepas, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Seramai 552 petugas telah dilantik bagi mengendali proses PRK itu manakala lebih 600 anggota polis ditugaskan untuk menjaga keselamatan.

Kerusi DUN Sungai Bakap dimenangi oleh Nor Zamri, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Ogos tahun lepas menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Ini adalah PRK kelapan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang sebelum ini menyaksikan PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu); PRK DUN Simpang Jeram dan PRK Parlimen Pulai (Johor); PRK DUN Pelangai (Pahang); PRK DUN Jepak (Sarawak); PRK Parlimen Kemaman (Terengganu) dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor). – 22 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

As horror stories unfold, Malaysia leads Asean crackdown on Myanmar job scams

Victims report being electrocuted, beaten up, tortured, and barely compensated after they were tricked into what former Thai PM calls a syndicate for ‘dirty money’ to finance conflict

◉ Related