◉ HEADLINES

Isu calon Nenggiri: Puad dakwa Bersatu kurang anak lelaki kerana…

“Ini bukan tebuk atap tetapi pecah pintu depan. Alasannya Bersatu kurang anak lelaki. Kena ambil anak tiri dari PAS."

3:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Puad Zarkashi menyindir Bersatu dan PAS mengenai dakwaan hubungan kedua parti itu seperti adik dan kakak, berhubung pemilihan calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu mendakwa, hakikatnya PAS adalah satu-satunya parti di dunia yang mewajibkan ahlinya keluar untuk melompat ke parti lain.

“Kemudian dipaksa buat sumpah laknat supaya tidak melompat parti selepas menang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Puad berkata, tindakan PAS itu adalah ‘fatwa’ baharu parti berkenaan dalam politik.

“İni bukan tebuk atap tetapi pecah pintu depan. Alasannya Bersatu kurang anak lelaki. Kena ambil anak tiri dari PAS.

“Itu betul. Bersatu kurang anak lelaki kerana parti sudah mandul. Kena curi anak tiri lelaki dari parti lain, termasuk dari Umno,” katanya.

Kata Puad, tindakan PAS itu adalah ‘fatwa’ baharu parti berkenaan dalam politik. – Gambar Bernama, 4 Ogos, 2024

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, tidak timbul isu pemilihan bekas ahlinya, Mohd Rizwadi Ismail yang menyertai Bersatu bagi mewakili PN untuk bertanding pada PRK DUN Nenggiri kerana hubungan kedua-dua parti itu ibarat adik-beradik.

Beliau berkata, pimpinan tertinggi PAS termasuk Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang merestui sendiri tindakan Mohd Rizwadi.

“PAS dengan Bersatu ini ibarat dua beradik dalam keluarga yang dipanggil PN. PAS adalah kakak manakala Bersatu, adik. Satu hari adik (Bersatu) kata dekat kakak (PAS), dia ada kebun getah yang luas di Nenggiri.

“Anak jantan ada dua, tiga orang tapi kalau boleh nak seorang lagi. Jadi adik (Bersatu) minta anak kakak (PAS) jadi anak angkat nak usahakan kebun getah. Maka kakak (PAS) tiada masalah kalau beri pun (sebab), anak saudara adik (PAS) dia juga.

“Jadi begitu lah situasi Rizwadi ini. Kita mengizinkan dan kenyataan Presiden PAS sendiri kata beliau merestui dan mengizinkan Rizwadi sebagai ahli PAS ini menjadi ahli Bersatu dan menjadi calon PN di PRK DUN Nenggiri,” katanya. – 4 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Jangan sampai tahap ekstrem’: Azalina bidas label ‘dajal’ Hadi Awang terhadap CSA

Menteri Undang-Undang tegur Presiden PAS jaga adab berpolitik susulan kecaman keras terhadap pemeteraian pakatan kestabilan dan pembaharuan institusi Kerajaan Madani bersama blok pembangkang

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

◉ Related