◉ HEADLINES

Rakyat Malaysia di UK diminta jauhkan diri dari kawasan protes

Rakyat Malaysia yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London amat digalakkan untuk melakukannya segera

9:40 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke United Kingdom (UK) dinasihatkan untuk menjauhi kawasan protes, sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Luar Negeri mengeluarkan notis segera kepada rakyat Malaysia di UK hari ini selepas beberapa siri protes yang sedang berlaku di beberapa kawasan di UK, berikutan insiden tikam di Southport pada 29 Julai.

“Rakyat Malaysia yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London amat digalakkan untuk melakukannya segera bagi memastikan mereka menerima maklumat dan bantuan yang tepat pada masanya,” menurut kenyataan itu. 

Menurut Kementerian Luar Negeri, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat 45 – 46 Belgrave Square, London, UK atau telefon +44 20 3931 6196 atau +44 20 7235 8033 atau e-mel di mwlondon@kln.gov.my.

Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, UK sedang memantau keadaan dengan teliti dan akan berusaha untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang sebarang perkembangan terkini. – 4 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Jangan sampai tahap ekstrem’: Azalina bidas label ‘dajal’ Hadi Awang terhadap CSA

Menteri Undang-Undang tegur Presiden PAS jaga adab berpolitik susulan kecaman keras terhadap pemeteraian pakatan kestabilan dan pembaharuan institusi Kerajaan Madani bersama blok pembangkang

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

◉ Related