◉ HEADLINES

Penentuan nasab kanak-kanak pusat amal GIBSH bidang kuasa Mahkamah Syariah negeri

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata ini kerana isu utama kepada permasalahan nasab itu ialah JPN tidak boleh mendaftarkan kanak-kanak berkenaan tanpa dokumen yang menunjukkan mereka dilahirkan daripada satu perkahwinan sah

8:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penentuan nasab sebahagian kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) menerusi Op Global pada 11 Sept lepas adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ini kerana isu utama kepada permasalahan nasab itu ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak boleh mendaftarkan kanak-kanak berkenaan tanpa dokumen yang menunjukkan mereka dilahirkan daripada satu perkahwinan sah.

“Jadi hakim Mahkamah Syariah akan melihat kepada keterangan secara lisan dan aspek dokumentasi dahulu sebelum boleh menentukan sama ada wujud perkahwinan sah mengikut hukum syarak.

“Selepas proses itu, sekiranya perkahwinan itu dapat disahkan, Jabatan Agama Islam Negeri pula akan mengeluarkan sijil pernikahan ibu dan bapa kanak-kanak terbabit bagi membolehkan mereka didaftarkan seterusnya JPN boleh mengeluarkan sijil kelahiran sah mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Tamat Operasi Haji Musim 1445 Hijrah di sini hari ini.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa polis menyelamatkan 392 kanak-kanak penghuni 20 rumah amal yang dikaitkan dengan GISBH dalam Op Global baru-baru ini.

Razarudin berkata siasatan mendapati sebahagian kanak-kanak itu dibinkan dengan Abdullah dan ibu bapa tidak mengetahui status mereka kerana ada perkahwinan ahli GISBH yang disyaki tidak didaftarkan.

Dalam pada itu, Mohd Na’im ketika mengulas mengenai peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam mengendalikan kes terkait GISBH berkata agensi berkenaan akan terlibat dalam sebuah jawatankuasa khas yang bakal ditubuh seperti dimaklumkan oleh Razarudin sebelum ini.

Menyentuh mengenai majlis hari ini, beliau berkata ia diadakan sebagai tanda penghargaan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada pihak yang menjayakan operasi di Malaysia dan Tanah Suci bagi musim haji 1445H/2024M.

Mohd Na’im berkata ia termasuk bantuan daripada 31 syarikat melalui program Sahabat Koporat TH yang memberikan sumbangan berjumlah RM4.8 juta. – 19 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

“Sampaikan, jangan diam”: Veteran PKR desak kerajaan Anwar ‘jual’ kejayaan agenda reformasi

Dua tokoh veteran PKR, Tian Chua dan Tan Sri Dr Xavier Jayakumar mengingatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membisu mengenai kejayaan agenda reformasi, sekali gus menghentikan naratif negatif yang mendakwa tiada sebarang perubahan berlaku

◉ Related