◉ HEADLINES

Pelayaran ke Selatan Perancis pada 2009 adalah percutian bersama keluarga: Najib

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, tidak turut serta

8:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pelayaran ke Selatan Perancis pada 2009 adalah semata-mata untuk meluangkan masa bercuti bersama keluarga beliau dan tidak mempunyai sebarang agenda di sebaliknya.

Najib berkata selain isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak-anaknya iaitu Nor Ashman Razak, Nooryana Najwa serta Riza Aziz, rakan mereka iaitu Tan Sri Bustari Yusuf dan anak-anaknya turut serta. 

“Berdasarkan siapa yang turut serta, anda boleh agak bahawa ia adalah percutian peribadi,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, tidak turut serta. 

Semasa menjawab soalah peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Najib berkata beliau agak terkejut apabila menerima undangan Putera Turki untuk beliau dan keluarganya menyertai baginda minum teh di atas kapal layarnya.

“Putera Turki adalah anakanda kesayangan Raja Abdullah yang memerintah Arab Saudi ketika itu. Jadi, saya dengan rendah hati menerima undangan baginda. 

“Ketika menaiki kapal layar itu, kami disambut oleh Putera Turki dan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Tarek Obaid (Ketua Pegawai Eksekutif Petrosaudi International Limited) dan apabila memasuki ruang tamu, Jho Low sudah berada di situ,” katanya.

Najib berkata beliau agak terkejut dengan kehadiran Jho Low namun tahu mengenai pengaruh serta rangkaian hubungan  ahli perniagaan itu terutama hubungan rapatnya dengan keluarga diraja dari Timur Tengah, jadi perkara tersebut bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan.

Bagaimanapun, Najib berkata sesi minum teh itu berlangsung dalam keadaan santai dan tiada rancangan dibuat untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International Limited menjalinkan usaha sama bagi menggelapkan wang berbilion daripada 1MDB seperti yang didakwa oleh saksi pendakwaan.

“Jika terdapat sebarang agenda tersembunyi atau niat jahat, sudah tentu saya tidak akan membenarkan sebarang gambar diambil yang menunjukkan kami bersama dalam suasana sebegitu. 

“Cadangan bahawa kami merancang sesuatu yang licik semasa keluarga dan rakan saya hadir adalah tidak masuk akal dan tidak wajar,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah ketika membela diri atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Pada 30 Okt lepas, Sequerah memerintahkan Najib membela diri atas kesemua 25 pertuduhan selepas memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Perbicaraan bersambung esok. – 3 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related