◉ HEADLINES

Tok Mat mohon maaf, merokok di kawasan larangan

Mohamad Hasan berkata notis kompaun itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menetapkan jumlah yang perlu dibayar

2:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memohon maaf kerana merokok di kawasan larangan.

Menurutnya, beliau telah menerima notis kompaun daripada Pejabat Kesihatan Seremban.

“Jika ia menjadi kerisauan dan isu kepada masyarakat, saya dengan ikhlas memohon maaf dan saya akan bayar kompaun yang akan dikenakan.

“Notis kompaun ini akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk menetapkan kompaun berapa dan tindakan selanjutnya.

“Mereka (Pejabat Kesihatan Seremban) hanya menghantar notis kompaun tersebut,’’ katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Malaysia kepada Palestin di bawah inisiatif kerajaan Jordan, di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu tular di media sosial apabila seorang individu memuatnaik gambar Mohamad bersama sekumpulan lelaki merokok di sebuah kedai makan, di Pekan Rantau, Negeri Sembilan.

“Ingatkan kedai makan adalah kawasan larangan merokok. Tapi Menteri Luar Negeri balik kawasan berasap di kedai makan rilek je,’’ kata pemilik akaun tersebut yang turut menyelitkan akaun X Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad dan KKM.

Dzulkefly kemudiannya membalas ciapan tersebut dan memaklumkan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan bertemu Mohamad untuk menyerahkan notis dan kompaun berkenaan.

Jelasnya, Mohamad sendiri yang meminta supaya Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kompaun atas kesalahan berkenaan dan beliau akan membayarnya.

Dzulkefly juga memberitahu beliau berpegang kepada prinsip tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang.

“Setelah Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awan, 2024) berkuatkuasa pada 1 Oktober yang lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang. (No one is above the Law),’’ katanya.

Di bawah akta berkenaan, terdapat 28 tempat yang dilarang merokok termasuk bangunan dobi, bangunan kerja, kedai makan, lif atau tandas awam, kawasan asuhan taman kanak-kanak dan bangunan premis kerajaan. – 18 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related