◉ HEADLINES

Bekas CEO syarikat pengendali air didakwa tipu RM3.38 juta

Dia didakwa menipu Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd dengan memperdayakan syarikat tersebut berhubung dua program kebajikan yang tidak dilaksanakan 

1:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pengendali air Johor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu syarikat berkenaan berhubung dua program kebajikan tidak wujud berjumlah RM3,382,500, dua tahun lepas.

Muhamad Faizal Aliar, 39, yang hadir ke mahkamah hari ini dengan berkerusi roda bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa menipu Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd dengan memperdayakan syarikat tersebut untuk mempercayai dua program iaitu “Program Imarah Ramadhan 2023” dan “Program Prihatin Komuniti Madani 2023” akan dilaksanakan seperti dinyatakan dalam dua surat permohonan sumbangan masing-masing bertarikh 1 April dan 4 April 2023, sedangkan program itu tidak dilaksanakan. 

Perbuatan itu mendorong Syarikat Ranhill SAJ membuat bayaran masing-masing RM82,500 dan RM3.3 juta ke dalam akaun bank milik Pertubuhan Inspirasi Prihatin Malaysia, yang syarikat itu tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Menara Felda Platinum Park di sini pada 13 dan 14 April 2023 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Tahir mencadangkan jaminan RM200,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin selain mengambil kira jumlah wang dalam pertuduhan ialah RM3.38 juta.

Peguam S Preakas yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan pada kadar RM50,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan alasan anak guamnya tidak bekerja dan mengalami kecederaan saraf tunjang yang sedang menerima rawatan di hospital. 

“Anak guam saya sudah berkahwin dan mempunyai empat anak yang masih bersekolah serta dua daripadanya anak istimewa masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun,” kata peguam itu.

Mahkamah membenarkan Muhamad Faizal diikat jamin RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Mac untuk sebutan kes. – 27 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related