◉ HEADLINES

PM mahu penyelesaian baik dalam isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman: Ramanan

Ramanan turut menafikan ura-ura kononnya kuil itu akan dirobohkan sebaliknya DBKL sedang melakukan rundingan bagi memastikan ada penyelesaian terbaik

5:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa prihatin dan mahu penyelesaian yang baik dalam isu berkaitan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, dekat Jalan Masjid India di sini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan berkata, beliau juga sedia maklum tentang isu tersebut dan sudah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri.

“Saya telah beberapa kali berbincang dengan Perdana Menteri mengenai isu ini. Beliau mengambil serius dan mahu penyelesaiannya dilakukan dengan baik,” katanya kepada media selepas melawat kuil itu hari ini.

Ramanan juga menafikan sebarang ura-ura kononnya kuil itu akan dirobohkan sebaliknya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melakukan rundingan bagi memastikan ada penyelesaian terbaik.

“Apa yang pasti, tidak akan berlaku apa-apa perobohan. Ketika ini ada beberapa pilihan dan sedang diteliti bagi memastikan penyelesaian menang-menang dan baik untuk semua pihak.

“Isu ini adalah berkaitan pemilikan tanah, kerana kuil ini kini berada di atas tanah milik swasta yang baharu.

“Oleh itu, ia bukan melibatkan kerajaan secara langsung. Namun, kerajaan dan DBKL berunding untuk semuanya berjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua supaya menjaga kata-kata dan tidak memainkan sentimen perkauman atau agama yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat di negara ini.

“Kalau kita tengok komen (di media sosial). Bukan sahaja daripada masyarakat biasa (tetapi) pemimpin politik pun sama. Jadi, jangan tunggang isu agama,” katanya.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, DBKL memberi jaminan tidak akan melakukan sebarang aktiviti perobohan struktur Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman.

Beliau berkata, kuil ini boleh beroperasi seperti biasa sehingga proses pemindahan selesai. – 20 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Jangan sampai tahap ekstrem’: Azalina bidas label ‘dajal’ Hadi Awang terhadap CSA

Menteri Undang-Undang tegur Presiden PAS jaga adab berpolitik susulan kecaman keras terhadap pemeteraian pakatan kestabilan dan pembaharuan institusi Kerajaan Madani bersama blok pembangkang

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

◉ Related