◉ HEADLINES

Brunei sahkan Sultan dalam keadaan sihat selepas dimasukkan ke IJN

Sultan berusia 78 tahun itu dimasukkan ke IJN dan dijangka menjalani rawatan selama beberapa hari atas nasihat pakar perubatan Malaysia, menurut pejabat baginda

8:39 AM MYT

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei berada dalam keadaan sihat selepas dimasukkan ke hospital di Malaysia akibat keletihan semasa menghadiri sidang kemuncak serantau, menurut kenyataan pejabat baginda yang dipetik Reuters pada Selasa.

Sultan berusia 78 tahun itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur dan dijangka menjalani rawatan selama beberapa hari atas nasihat pakar perubatan Malaysia, menurut pejabat baginda.

“Baginda … dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan itu yang memaklumkan bahawa baginda sebelum itu berasa letih.

Terdahulu, pihak media bertanyakan tentang ketiadaan Sultan Brunei dalam Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang berlangsung petang ini, susulan laporan yang mengatakan bahawa baginda sedang menjalani rawatan di IJN, menurut Bernama.

Perkara itu kemudian disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mempengerusikan sidang kemuncak pemimpin ASEAN minggu ini.

“Baginda agak letih dan sedang berehat,” kata Anwar ringkas semasa sidang media Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. – 28 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related