◉ HEADLINES

Titah Adendum: Bukan ‘hear say’, afidavit saya adalah benar, kata Wan Rosdy

Naib Presiden Umno itu berkata memandangkan pihak AGC secara langsung atau tidak langsung mengakui keabsahan Titah Adendum, adalah wajar prosiding ini dihentikan dan titah tersebut dilaksanakan

12:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersyukur Jabatan Peguam Negara (AGC) mengakui kewujudan Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengakuan tersebut, kata beliau membuktikan bahawa afidavit yang dikemukakannya kepada mahkamah sebelum ini adalah benar.

“Ini sekali lagi mengesahkan afidavit yang saya kemukakan kepada pihak mahkamah bahawa saya mengetahui kewujudan titah ini adalah benar dan bukan bersifat ‘hear say’.

“Memandangkan pihak Peguam Negara secara langsung atau tidak langsung mengakui keabsahan Titah Adendum ini, adalah wajar prosiding ini dihentikan dan titah tersebut dilaksanakan,” katanya dalam satu perkongsian di akaun Facebook miliknya malam tadi.

Wan Rosdy yang juga Naib Presiden Umno menegaskan bahawa AGC, mahkamah dan semua pihak yang terlibat khususnya kerajaan perlu menjunjung prinsip pengasingan kuasa.

Katanya, ia termasuk menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya secara peribadi dan juga mewakili rakyat Negeri Pahang berdoa agar Datuk Sri Najib mendapat keadilan seperti yang terkandung dalam Titah Adendum tersebut.

“Kepada ALLAH kami berserah,” katanya, lapor Sinar Harian.

Pada Rabu lalu, Titah Adendum yang menjadi perkara yang dipertikaikan dalam semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak diakui kewujudannya oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, pihaknya bersetuju titah itu wujud namun mempertikaikan cara atau pendekatan bukti baharu itu dikemukakan di mahkamah.

“Kami berpendirian, titah itu wujud namun prosedur untuk mengemukakannya sebagai bukti tambahan (pada perbicaraan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi), perlu dipatuhi.

“Oleh yang demikian, kami bersandarkan kepada hujahan bertulis yang telah difailkan sebelum ini dan menyerahkan kepada mahkamah untuk tindakan lanjut,” ujar beliau ketika menjelaskan pendirian AGC berkaitan kewujudan titah berkenaan.

Titah adendum berkenaan dikatakan diperkenan YDPA ke-16 yang membolehkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – 12 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Mahkamah benarkan rayuan Badan Peguam cabar DNAA Zahid

Panel tiga hakim memutuskan permohonan Badan Peguam bukan sesuatu yang remeh namun menimbulkan isu yang boleh dibicarakan yang wajar didengar pada peringkat substantif

Early start for Abang Bas in Putrajaya

When most Malaysians are getting some shut-eye before attending the National Day 2023 celebration at Dataran Putrajaya today, bus driver Mohammad Saudi Abd Sahiis is eagerly on the road to ferry passengers to the venue.

Skim Perubatan Madani akan diperluas

Pelaksanaan rintis Skim Perubatan MADANI akan diperluaskan  bagi memastikan lebih ramai menerima rawatan kesihatan secara percuma di klinik perubatan swasta yang berdaftar

◉ Related