◉ HEADLINES

Akta JAC tidak mengikat dalam pelantikan hakim: Azalina

Ketua Penerangan Umno berkata pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi tetap tertakluk kepada Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan

6:58 PM MYT

 

KOTA TINGGI – Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 bukanlah undang-undang yang mengikat dalam pelantikan hakim sebaliknya berperanan untuk menapis, menilai dan mencadangkan calon kepada Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi tetap tertakluk kepada Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

“Akta JAC lebih kepada menapis, menilai dan mengatur (cadang) nama-nama calon, tetapi ia bukan akta pemuktamad (finalisation). Cadangan itu tidak mengikat. 

“Nama-nama yang disaring JAC tetap perlu melalui prosedur di bawah Perkara 122B. Kalau mahu proses JAC itu mengikat, maka Perlembagaan perlu dipinda,” katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pengerang di sini, hari ini. 

Azalina turut merujuk penjelasan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menerusi hansard di Dewan Rakyat yang menjelaskan bahawa Akta JAC adalah satu peruntukan pentadbiran dan tidak mempunyai kuasa mengikat. 

Mengenai perarakan Badan Peguam Malaysia esok, Azalina menyifatkannya sebagai hak demokrasi selagi ia dilakukan secara profesional dan mengikut lunas undang-undang. 

“Kalau hendak berarak, itu hak mereka. Tapi saya pasti, selaku peguam, kebanyakannya profesional. Mereka tahu tentang Perkara 122B dan Akta JAC 2009,” katanya. 

Sementara itu, Azalina berkata pelantikan pengganti jawatan tertinggi kehakiman hanya akan diputuskan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 pada 15 hingga 17 Julai ini.

Semalam, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menggesa pelantikan pengganti bagi jawatan tertinggi badan kehakiman negara disegerakan susulan beberapa hakim kanan telah dan bakal bersara dalam masa terdekat. – 13 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

History of ancient Kedah: nation-building should be based on facts, not racial polemics – Abdul Rahmat Omar

Academics should not spread false narratives, but instead present research grounded in verified evidence and reliable sources

PAS must win 60 seats in GE16: Tuan Ibrahim

From 18 federal seats in GE14 to 43 in GE15, party leaders aim for more but call for hard work to engage voters and improve public image

◉ Related