◉ HEADLINES

Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dikesan di Shanghai, guna pasport palsu

Lebih mengejutkan, laporan tersebut turut mendedahkan bahawa Jho Low kini berperanan sebagai penasihat strategik kepada kerajaan China

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kedudukan dalang utama skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, akhirnya dikesan dan didedahkan selepas lebih empat tahun menghilangkan diri.

Jho Low yang menjadi buruan pihak berkuasa antarabangsa, dikatakan menetap di kawasan elit di Shanghai, China dan dipercayai menggunakan pasport palsu Australia.

Pendedahan ini dibuat dua wartawan penyiasatan yang membongkar skandal kewangan terbesar 1MDB, Bradley Hope dan Tom Wright menerusi khas ‘Finding Jho Low: Live with Bradley Hope & Tom Wright’ menerusi saluran YouTube, malam tadi.

Menerusi pendedahan itu, Jho Low dilaporkan menetap di rumah agam di kawasan eksklusif Green Hills dan menjalani kehidupan elit serta mewah.

Jho Low yang turut diburu pihak berkuasa Malaysia, dikatakan berperanan membantu syarikat yang berdepan sekatan antarabangsa untuk terus beroperasi di peringkat global.

Melalui penyiasatan dilakukan dua wartawan antarabangsa itu juga, Jho Low didakwa beroperasi dari pejabatnya di Pusat Kewangan Shanghai, meskipun Malaysia masih giat menuntut proses ekstradisinya.

Lebih mengejutkan, laporan tersebut turut mendedahkan bahawa Jho Low kini berperanan sebagai penasihat strategik kepada kerajaan China.

Jho Low kerap dikaitkan sebagai dalang utama skandal kewangan 1MDB yang mengejutkan dunia, membabitkan penyelewengan berjumlah AS$7.65 bilion.

Terdahulu media melaporkan, sejumlah AS$2.5 didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Jho Low.

Ahli perniagaan itu dikenali gemarkan kemewahan dan kerap dilihat berparti dengan selebriti Hollywood, selain dikatakan membiayai filem ‘The Wolf of Wall Street’ lakonan Leonardo DiCaprio.

Media juga sedang giat mendapatkan maklum balas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung perkembangan terbaharu ini. – 19 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Jangan sampai tahap ekstrem’: Azalina bidas label ‘dajal’ Hadi Awang terhadap CSA

Menteri Undang-Undang tegur Presiden PAS jaga adab berpolitik susulan kecaman keras terhadap pemeteraian pakatan kestabilan dan pembaharuan institusi Kerajaan Madani bersama blok pembangkang

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

◉ Related