◉ HEADLINES

KTMB tambah dua unit ETS sempena Deepavali

KTMB berkata Penjualan tiket tren dibuka mulai jam 10 pagi, Selasa ini

11:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua unit tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan Padang Besar ke Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) dan sebaliknya sempena sambutan Deepavali pada 20 Oktober ini. 

KTMB dalam kenyataan hari ini berkata perkhidmatan tambahan itu akan beroperasi selama enam hari bermula 17 hingga 22 Oktober.

Penjualan tiket tren dibuka mulai jam 10 pagi, Selasa ini. 

“Tren tambahan ini menawarkan sebanyak 630 tempat duduk sehari, menjadikan jumlah keseluruhan tempat duduk sebanyak 3,780 ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan.

“Tambahan perkhidmatan ini bertujuan menampung permintaan yang tinggi semasa musim perayaan sekali gus membantu mengurangkan kesesakan trafik bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman,” jelas kenyataan itu. 

Menurut kenyataan itu lagi, bagi laluan Padang Besar ke KL Sentral, tren tambahan akan berlepas pada jam 11.05 pagi dan dijangka tiba pada 4.30 petang manakala perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar akan bermula jam 5 petang dan dijangka tiba jam 10.20 malam. 

Sehubungan itu, KTMB menyarankan orang ramai membuat pembelian tiket menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman web KTMB dan membuat pembayaran menggunakan KTM Wallet bagi mempercepat proses pembelian.

“Mereka juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan membuat pembelian tiket lebih awal bagi menikmati tambang fleksi yang lebih menjimatkan serta mengelakkan pembelian pada saat akhir.

“Para pengguna juga diingatkan untuk tiba 30 minit lebih awal di stesen kerana pintu masuk akan ditutup lima minit sebelum tren berlepas,” kata kenyataan itu. 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman sesawang rasmi KTM www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200. – 4 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related