◉ HEADLINES

Yayasan Afdlin Shauki rakam penghargaan buat kerajaan Turkiye bantu bebaskan aktivis GFS

Ia melambangkan rasa syukur dan penghargaan rakyat Malaysia terhadap keberanian moral, keikhlasan, dan kemanusiaan sejati yang ditunjukkan Kerajaan Turki dalam membantu misi kemanusiaan di Gaza

7:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yayasan Afdlin Shauki melahirkan penghargaan kepada Türkiye atas tindakan pantasnya dalam membantu memastikan pembebasan dan penghantaran pulang aktivis Malaysia yang ditahan di Israel selepas menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza.

Yayasan yang diasaskan pembikin filem, pemuzik dan ahli politik Datuk Afdlin Shauki itu, menyampaikan penghargaan bagi pihak rakyat Malaysia, keluarga peserta flotila dan sukarelawan misi terbabit.

Afdlin berkata penghargaan itu secara simboliknya mengiktiraf “keberanian moral, keikhlasan, dan kemanusiaan sejati” Türkiye dalam menyokong usaha kemanusiaan.

“Penghargaan ini bukan hanya datang daripada saya atau yayasan ini — ia datang daripada hati setiap rakyat Malaysia, keluarga-keluarga peserta flotilla, dan semua yang menjiwai perjuangan kemanusiaan ini,” katanya.

Afdlin turut menzahirkan rasa terharunya dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Turki di bawah pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

“Dalam dunia yang penuh ujian ini, Turki telah membuktikan makna sebenar persaudaraan, keberanian, dan kemanusiaan,” katanya lagi.

Sebagai tanda penghargaan, penyerahan simbolik terima kasih dan jambangan bunga telah diadakan di Kedutaan Republik Turkiye di Kuala Lumpur pada jam 1 petang di sini, hari ini.

Yayasan Afdlin Shauki berharap penghargaan ini menjadi simbol persaudaraan dan solidariti
antara dua bangsa yang berkongsi nilai kasih sayang, keadilan dan perjuangan untuk kemanusiaan sejagat.

“Atas nama rakyat Malaysia dan semua yang menyertai Global Sumud Flotilla, kami ucapkan
ribuan terima kasih kepada Kerajaan dan rakyat Turki. Semoga Allah SWT membalas jasa dan
kebaikan mereka dengan keberkatan dan rahmat yang berpanjangan,” katanya. – 5 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

◉ Related