◉ HEADLINES

Baju Melayu dari KL, samping Penjara Marang, songkok dari Johor jadi OOTD Anwar

Baju Melayu, songkok, samping dan beg yang dipakai Perdana Menteri berasal dari beberapa negeri

8:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengekalkan tradisi mengenakan baju Melayu lengkap bersamping ketika membentangkan Bajet 2026 hari ini.

Beliau memilih baju Melayu berwarna biru muda untuk sesi pembentangan bajet kali ini.

Menariknya, baju Melayu itu dari Kuala Lumpur, digandingkan dengan kain samping dari Penjara Marang.

Penampilan tersebut diserikan lagi dengan butang baju Melayu dari Pahang serta songkok buatan Johor.

Sementara capal yang dipakai beliau ialah Capal Jago dari Kepala Batas.

Perdana Menteri turut berkongsi gambar busana tersebut di akaun Instagram beliau dengan kapsyen “OOTD” (Outfit of the Day) atau pakaian hari ini.

Dalam pada itu, beg yang dibawa beliau mengandungi dokumen penting Bajet 2026, direka dihasilkan oleh seorang anak muda Orang Kurang Upaya (OKU), Anthony Liew You Chung.

Menurut Perdana Menteri, beg tersebut dihasilkan oleh Anthony, seorang belia OKU yang terlibat dengan perusahaan sosial Heart Treasures dan Tanoti.

“Beg Belanjawan 2026 yang saya bawa hari ini dihasilkan oleh perusahaan sosial Heart Treasures dan Tanoti, menggunakan bahan kitar semula sarung tangan nitril dan fabrik terbuang.

“Beg ini merupakan hasil kerja tangan Saudara Anthony Liew You Chung, seorang anak muda OKU,” katanya,’’ katanya. – 10 Oktober, 2025.

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Jangan sampai tahap ekstrem’: Azalina bidas label ‘dajal’ Hadi Awang terhadap CSA

Menteri Undang-Undang tegur Presiden PAS jaga adab berpolitik susulan kecaman keras terhadap pemeteraian pakatan kestabilan dan pembaharuan institusi Kerajaan Madani bersama blok pembangkang

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

◉ Related