◉ HEADLINES

Bendahari Pemuda BN, Shahrul Nasrun ‘direhatkan sementara’ gara-gara terpalit isu peribadi

Ketua Pemuda BN berkata ia bagi memberi ruang kepada Shahrul Nasrun menyelesaikan urusan peribadinya

8:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin, direhatkan sementara daripada tugasnya susulan terpalit dakwaan kontroversi panas oleh bekas isterinya yang tular di media sosial.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, bagi memberi ruang kepada Shahrul Nasrun menyelesaikan urusan peribadinya yang kini hangat diperkatakan umum.

“Buat masa ini, Datuk Shahrul direhatkan sementara daripada tugasnya sebagai Bendahari Pemuda BN bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian kepada urusan peribadinya.

“Mengenai hal peribadinya, kami tidak akan campur tangan dan akan memberinya ruang yang diperlukan untuk menyelesaikannya,” katanya, memetik laporan sebuah portal berita, semalam.

Kontroversi panas membabitkan Shahrul Nasrun tercetus, selepas bekas isterinya, Datin Amyera Zainal, membuat beberapa dakwaan melalui media sosial.

Pempengaruh dan usahawan itu, berkata beliau berbuat demikian selepas merasakan ada pihak tertentu yang cuba mencalar reputasinya.

Dakwaan itu tercetus hanya beberapa hari selepas Shahrul Nasrun melangsungkan pertunangan dengan Meerween Hanees Natasha Meeat pada 25 Oktober lalu, sekali gus mencetuskan perbincangan meluas di media sosial mengenai kredibilitinya sebagai seorang ahli politik.

Susulan itu, Shahrul Nasrun dalam satu kenyataan di media sosial menafikan dakwaan itu dan menyatakan kekesalan kerana isu peribadinya menjadi perhatian umum.

Beliau turut mempertahankan Meerween dan menegaskan bahawa tunangnya itu tidak terbabit dalam skandal berkenaan.

Shahrul Nasrun mengakui perkahwinannya berakhir pada 30 Julai 2024 dan berkata telah melakukan kesilapan tetapi menganggapnya sebagai pengajaran hidup. – 30 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related