◉ HEADLINES

Lebih 2,000 individu ditahan di seluruh negara, dipercayai jadi keldai akaun

Daripada jumlah itu, 270 kertas siasatan (35 peratus) telah dituduh di mahkamah di bawah pelbagai seksyen Kanun Keseksaan termasuk Seksyen 420 dan 424

2:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan lebih 2,000 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan akaun keldai yang disalah guna bagi kegiatan penipuan dalam talian, di seluruh negara, pada September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, tangkapan itu dijalankan menerusi dua operasi besar-besaran Operasi Mule NSRC yang dijalankan dari 22 hingga 28 September lalu.

Jelasnya, dalam dua operasi berkenaan, seramai 1,303 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan akaun keldai, membabitkan 778 kertas siasatan.

“Daripada jumlah itu, 270 kertas siasatan (35 peratus) telah dituduh di mahkamah di bawah pelbagai seksyen Kanun Keseksaan termasuk Seksyen 420 dan 424,” katanya, lapor Bernama, pada sidang media khas hari ini.

Beliau berkata operasi berkenaan, yang dilaksanakan bersama Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), bertujuan membanteras jenayah komersial yang menggunakan akaun keldai untuk menerima wang hasil penipuan dalam talian.

Tangkapan tertinggi, ujar beliau, direkodkan di Sarawak iaitu 272 orang, diikuti Sabah (200), Kuala Lumpur (137) dan Selangor (115).

Sementara itu, Operasi Merpati yang dijalankan dari 2 hingga 12 September turut mencatat kejayaan besar apabila 790 individu ditahan kerana memiliki akaun bank yang digunakan untuk penipuan e-dagang, manakala 30 lagi diberkas kerana mengendalikan pusat panggilan aktiviti penipuan di seluruh negara.

“Jumlah tangkapan itu terdiri daripada 475 lelaki, dan 315 wanita serta empat warga asing melibatkan warga Indonesia dan Bangladesh,” katanya sambil menambah penipuan e-dagang bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini menyebabkan kerugian lebih RM54 juta.

Bagi Operasi Merpati, Rusdi berkata sebanyak 660 kertas siasatan dibuka di seluruh negara melibatkan kerugian lebih RM11 juta dengan 41.7 peratus daripadanya telah dituduh di mahkamah dan selebihnya masih dalam siasatan.

“Kedua-dua operasi itu menunjukkan komitmen berterusan JSJK dalam membanteras sindiket penipuan dalam talian yang semakin licik dan merentas sempadan negeri,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak meminjamkan atau menjual akaun bank dan kad ATM kepada pihak lain kerana perbuatan itu adalah kesalahan yang boleh disalah guna untuk aktiviti jenayah dan penggubahan wang haram. – 30 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related