◉ HEADLINES

Peguam Albert Tei nafi dakwaan SPRM miliki bukti utama kes

Mahajoth Singh berkata dakwaan berkenaan adalah cubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai peranan beliau sebagai peguam bela

10:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peguam yang mewakili Albert Tei menafikan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau memiliki bukti utama membabitkan siasatan terhadap ahli perniagaan kontroversi itu, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai ‘tidak benar dan melampau’.

Dalam satu kenyataan, Mahajoth Singh berkata dakwaan berkenaan adalah cubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai peranan beliau sebagai peguam bela.

Beliau menjelaskan bahawa dokumen yang disenaraikan dalam notis yang diterimanya semalam adalah dilindungi undang-undang dan tidak boleh didedahkan.

Mahajoth turut mendedahkan bahawa salah satu notis memintanya hadir untuk disoal siasat hari ini, manakala satu lagi mengarahkannya menyerahkan telefon bimbit milik Albert.

Bagaimanapun, beliau menegaskan telefon bimbit Albert tidak berada dalam simpanannya, bertentangan dengan dakwaan SPRM yang disifatkan sebagai ‘tidak berasas sama sekali’.

Tambah Mahajoth, beliau terikat dengan keistimewaan peguam-anak guam dan tidak boleh mendedahkan komunikasi atau bahan yang dilindungi.

“Sukar difahami bahawa SPRM kelihatan tidak mampu atau enggan memahami perlindungan undang-undang asas ini.

“Saya tidak akan diintimidasi atau dipaksa untuk melanggar tugas saya sebagai peguam kepada Albert, tanpa mengira akibatnya terhadap diri saya,” katanya.

Albert Tei dan Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin, bekas setiausaha politik kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, direman selama enam hari mulai Sabtu lalu bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes rasuah.

Kedua-duanya ditahan Jumaat lalu selepas Albert mendakwa beliau telah menyogok Shamsul untuk mendapatkan semula dana yang didakwa diagihkan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah. – 1 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related