◉ HEADLINES

AGC tarik balik rayuan dalam kes pengubahan wang haram, elak cukai, Rosmah kekal bebas

Dalam notis bertarikh 9 Disember, pihak pendakwaan memaklumkan mereka menarik balik rayuan tersebut dan tidak berniat meneruskannya

4:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menggugurkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan penggubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Disember tahun lepas.

Dengan penarikan balik rayuan ini, keputusan Mahkamah Tinggi kini menjadi muktamad.

Sementara itu, peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Rosmah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan menyatakan keputusan Hakim Muniandy terhadap pembebasan anak guamnya adalah wajar dan adil.

“Kami berasa lega kerana beliau (Rosmah) telah dibenarkan bebas sepenuhnya daripada pertuduhan itu. Keseluruhan proses ini telah menjadi ujian berat bagi beliau dan kami berbesar hati melihat keadilan akhirnya ditegakkan dan kes telah ditutup secara muktamad,” kata peguam itu, lapor Bernama.

Notis penarikan balik rayuan yang dikemukakan pendakwa raya di Mahkamah Rayuan pada 9 Disember, menyatakan mereka tidak berhasrat untuk meneruskan rayuan tersebut.

“Tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy (kini Hakim Mahkamah Rayuan) pada 19 Disember 2024, pendakwa raya telah memberi notis untuk merayu bertarikh 20 Disember 2024. Pendakwa raya memberi notis untuk tidak berhasrat meneruskan rayuan tersebut,” menurut notis itu.

Berdasarkan surat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, pengurusan kes yang telah ditetapkan pada 22 Dis ini, dilapangkan dan rayuan tersebut terbatal sebagaimana diperuntukkan di dalam Aturan 73, Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994.

Mahkamah Tinggi pada 19 Disember lalu membebaskan dan melepaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Semua pertuduhan itu membabitkan sembilan tuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama.

Manakala lapan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama.

Dalam penghakimannya, Hakim K. Muniandy berkata pertuduhan itu gagal memperincikan sifat transaksi melibatkan hasil haram atau bagaimana Rosmah terlibat secara langsung.

Mengenai tuduhan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 pula, hakim berkata terdapat pendapatan yang tidak didedahkan kepada LHDN.

Berikutan itu, AGC memfailkan notis rayuan, sehari selepas keputusan diumumkan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Rosmah membatalkan semua 17 pertuduhan pengubahan wang haram ke atasnya. – 11 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

History of ancient Kedah: nation-building should be based on facts, not racial polemics – Abdul Rahmat Omar

Academics should not spread false narratives, but instead present research grounded in verified evidence and reliable sources

PAS must win 60 seats in GE16: Tuan Ibrahim

From 18 federal seats in GE14 to 43 in GE15, party leaders aim for more but call for hard work to engage voters and improve public image

◉ Related