◉ HEADLINES

‘Mengapa perlu menulis hal sulit secara terbuka’ pemimpin PAS gesa gencatan senjata

Serahkan kepada pucuk pimpinan untuk kembali ke meja rundingan bagi mencari penyelesaian segera

9:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas sebulan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) kosong, PAS hanya mahu teruskan perjalanan dan telah melancarkan jentera pilihan raya di beberapa negeri.

Justeru Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman menggesa semua pihak dalam PN melaksanakan gencatan senjata dan tidak menulis mengenai ‘hal-hal sulit’ secara terbuka.

“Jadi, ada baiknya kita di peringkat ‘operator’ ini, bersetuju untuk gencatan senjata. Silence is golden.

“Serahkan kepada pucuk pimpinan untuk mesyuarat ‘full-council’ segera.

“Jika kalian berpandangan TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) adalah Pengerusi PN yang masih ‘berkuatkuasa’, mudah sahaja, sila panggil mesyuarat segera,’’ katanya menerusi tulisan dalam Facebooknya.

Syahir turut menyeru supaya bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad dan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, agar berhenti daripada terus menulis mengenai isu dalaman PN.

“Mengapa perlu menulis hal ‘sulit’ secara terbuka? Ikutkan hati, mahu sahaja saya membalas, namun saya memilih untuk menahan diri.

“Justeru atas rasa hormat kepada kekanda Datuk Dr Marzuki dan Tun Faisal, permintaan saya, cukup-cukuplah menulis,’’ katanya.

Jawatan Pengerusi PN kosong selepas Muhyiddin meletak jawatan berkenaan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Baru-baru ini, Marzuki menerusi hantaran di Facebooknya mendedahkan kemelut dalaman PN, mengenai peranan PAS dan potensi Datuk Seri Hamzah Zainudin mengambil alih kepimpinan Bersatu.

Marzuki mendakwa, bagi PAS, masalah dihadapi PN akan selesai apabila Muhyiddin berundur sebagai pengerusi PN.

“Bagi PAS, masalah PN akan selesai apabila Muhyiddin berundur. PAS lantiklah orangnya sebagai Pengerusi PN. Tidak perlu lagi pinda perlembagaan PN,” kongsinya. – 2 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related