◉ HEADLINES

Zamri, Haniff antara ditahan sertai GARAH: Fadil Marsus

Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, untuk tindakan lanjut

8:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan berhampiran pusat beli belah Sogo, termasuk penyelarasnya, Zamri Vinoth dan peguam, Haniff Khatri Abdula di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, yang tiba di lokasi berhampiran Sogo sekitar jam 9 malam diikuti Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sazalee Adam kemudian mengesahkan kepada media mengenai penahanan itu.

Difahamkan Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat Shafiq Abdul Halim dan seorang individu dikenali sebagai Tamim Dahri Abdul Razak turut ditahan.

Mereka yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan pemerhatian, sekitar lokasi pusat belah Sogo dan Jalan Tunku Abdul Rahman malam tadi dikawal rapi pasukan polis berpakaian seragam dan preman.

Beberapa laluan masuk ke pusat beli belah itu turut ditutup dengan pita bagi mengawal pergerakan keluar masuk pelanggan dengan pintu masuk utama dihalang.

Setakat jam 9 malam, orang ramai yang tidak dapat dipastikan sama ada peserta himpunan atau orang awam masih berkumpul sekitar perkarangan pusat beli belah itu serta bangunan perniagaan berhampiran.

Perhimpunan itu dianjurkan GARAH dengan sokongan 141 pertubuhan bukan kerajaan.

Terdahulu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan tidak membenarkan penganjuran himpunan GARAH di hadapan Sogo malam tadi, atas faktor keselamatan awam dan risiko gangguan ketenteraman.

Fadil dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan, termasuk pemilik premis di sekitar lokasi perhimpunan.

Media sebelum ini melaporkan satu perhimpunan aman dirancang di hadapan Sogo pada jam 8 malam tadi bagi menyuarakan kebimbangan terhadap isu pembinaan rumah anutan haram yang didakwa semakin berleluasa. – 8 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related