◉ HEADLINES

Wanita nadi kekuatan keluarga, penggerak kemajuan negara: Anwar

Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, Anwar mengajak masyarakat untuk sama-sama menghargai peranan dan sumbangan wanita kepada kemajuan negara

2:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan wanita sebagai nadi kekuatan keluarga, tiang seri masyarakat dan penggerak penting kemajuan negara.

Menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa hari ini, Anwar berkata di sebalik keluarga yang utuh dan masyarakat sejahtera, terserlah pengorbanan, ketabahan serta kebijaksanaan wanita yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang demi masa depan lebih baik.

“Secara peribadi, saya amat menghargai segala pengorbanan wanita dalam kehidupan saya sendiri, khususnya Azizah serta anak-anak yang sentiasa menjadi sumber kekuatan, kesabaran dan dukungan sepanjang perjalanan perjuangan ini.

“Sesungguhnya, kekuatan yang sama juga terpancar daripada jutaan wanita di seluruh negara, para ibu, isteri, anak, pendidik, penjaga dan pemimpin masyarakat yang setiap hari berjuang dalam senyap demi keluarga dan negara tercinta,” kata beliau.

Anwar turut mengajak masyarakat untuk bersama-sama menghargai peranan dan sumbangan besar wanita serta memastikan golongan itu terus dihormati, diperkasakan dan diberikan ruang yang adil untuk menyumbang kepada kemajuan negara.

“Kalian adalah kekuatan, harapan dan masa depan negara,” kata beliau. – 8 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Jangan sampai tahap ekstrem’: Azalina bidas label ‘dajal’ Hadi Awang terhadap CSA

Menteri Undang-Undang tegur Presiden PAS jaga adab berpolitik susulan kecaman keras terhadap pemeteraian pakatan kestabilan dan pembaharuan institusi Kerajaan Madani bersama blok pembangkang

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

◉ Related