◉ HEADLINES

Konflik timur tengah: Kerajaan sedia hadapi impak ekonomi – Tengku Zafrul

Kenaikan harga minyak dunia bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan harga komoditi itu pernah mencecah USD100 setong sebelum ini

9:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan kedudukan ekonomi negara, termasuk impak terhadap subsidi petrol susulan konflik yang berlaku di Timur Tengah. 

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kenaikan harga minyak dunia bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan harga komoditi itu pernah mencecah USD100 setong sebelum ini.

Beliau bagaimanapun memberikan jaminan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi telah membuat persediaan bagi menghadapi pelbagai kemungkinan berkaitan perkembangan berkenaan.

Ketegangan geopolitik di Timur Tengah sememangnya memberikan kesan kepada banyak negara termasuk Malaysia, justeru kerajaan memantau perkembangan itu secara berterusan.

“Kita mengikuti perkembangan yang berlaku setiap jam, setiap minit. Dalam masa sama, kerajaan perlu memastikan tiga perkara, iaitu memberikan fokus kepada program yang sedang dilaksanakan kerana asas ekonomi negara masih kukuh, seperti ditunjukkan melalui pertumbuhan ekonomi.

“Kita juga perlu memastikan pertumbuhan ekonomi itu dapat dirasai rakyat menerusi peningkatan pelaburan dan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik,” katanya kepada Bernama pada Program Raikan Kasih Ramadan bersama anak yatim dan asnaf, di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata sebagai sebuah negara neutral yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, Malaysia juga perlu memastikan hubungan serantau dengan negara lain terus terpelihara termasuk negara di Timur Tengah.

Sementara itu, beliau yang juga Penasihat Yayasan TZA menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan melantiknya sebagai Penasihat Kanan Politik.

Beliau berkata pelantikan yang berkuat kuasa Khamis lepas itu, memberikan ruang kepadanya mengadakan pertemuan dengan pegawai di Jabatan Perdana Menteri pada Jumaat bagi membincangkan peranan yang akan dilaksanakan.

“Fokus saya ketika ini adalah membantu kerajaan dari segi politik serta isu yang relevan kepada kerajaan, khususnya isu rakyat dan ekonomi,” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul menyantuni 155 anak yatim dan asnaf membeli baju raya dan seterusnya menyampaikan duit raya serta sumbangan kepada Rumah Kasih Nurul Hashanah, dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. – 8 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

As horror stories unfold, Malaysia leads Asean crackdown on Myanmar job scams

Victims report being electrocuted, beaten up, tortured, and barely compensated after they were tricked into what former Thai PM calls a syndicate for ‘dirty money’ to finance conflict

History of ancient Kedah: nation-building should be based on facts, not racial polemics – Abdul Rahmat Omar

Academics should not spread false narratives, but instead present research grounded in verified evidence and reliable sources

◉ Related