◉ HEADLINES

Konflik Asia Barat: Malaysia perlu percepat peralihan tenaga

Pelan peralihan tenaga itu bukan sahaja untuk mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil malah juga memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga domestik

2:49 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Malaysia perlu mempercepat peralihan tenaga mengikut Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) seperti solar dan hidro bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil sebagai sumber tenaga utama.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pelan peralihan tenaga itu bukan sahaja untuk mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil malah juga memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga domestik.

“Tenaga Boleh Baharu (TBB) mempunyai kelebihan kerana bersifat domestik justeru, tidak bergantung dari segi import bahan bakar dan tidak terganggu dari sudut rantaian bekalan tenaga secara keseluruhan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jualan Rahmah Kasih Sayang di sini hari ini. 

Beliau mengulas saranan ahli akademik mengenai keperluan negara mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil sebagai sumber tenaga utama susulan konflik Asia Barat yang mengganggu bekalan minyak global dan mengakibatkan kenaikan harga. 

Beliau berkata Malaysia kini mempunyai kira-kira 25 peratus kapasiti terpasang daripada sumber boleh baharu dan sedikit daya tahan terhadap sebarang gangguan bekalan tenaga.

Kerajaan sentiasa menilai langkah untuk mempercepat proses peralihan tenaga selari dengan saranan pakar ekonomi dan akademik bagi memastikan negara lebih berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global.

Akmal Nasrullah berkata penggunaan TBB seperti solar, membolehkan Malaysia menjana tenaga secara berterusan selagi sumber semula jadi tersedia, sekali gus menyokong sasaran pelepasan sifar karbon dan kelestarian tenaga negara.

Konflik di Asia Barat kekal memuncak sejak 28 Februari lepas apabila Israel dan AS melancarkan serangan ke atas Iran yang kemudiannya mencetuskan serangan balas oleh Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.

Selat sempit yang terletak di antara Iran dan Oman itu merupakan antara laluan perkapalan paling penting di dunia bagi penghantaran minyak dan gas dengan sebahagian besar bekalan tenaga global melalui kawasan itu setiap hari. – 15 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related