◉ HEADLINES

Saman cabar pelantikan Anwar ditolak, Waytha diperintah bayar RM80,000

Hakim tegaskan tindakan remeh dan penyalahgunaan proses mahkamah

11:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman pemula difailkan peguam P. Waytha Moorthy yang mahu membatalkan pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Tambun dan pelantikannya sebagai perdana menteri pada 2022.

Hakim Alice Loke dalam penghakimannya turut memerintahkan Waytha membayar kos RM80,000 kepada Anwar.

Waytha memfailkan saman pada Ogos tahun lalu dengan alasan pengampunan diraja yang diterima Anwar pada 2018 tidak mengecualikannya daripada tempoh hilang kelayakan lima tahun untuk bertanding selepas dibebaskan dari penjara.

Namun, Loke menegaskan saman itu tidak mendedahkan sebarang sebab tindakan munasabah dan tiada asas undang-undang.

“Saman ini remeh, menyusahkan dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah. Ia jelas tidak dapat dipertahankan. Akibatnya, permohonan defendan dibenarkan dan saman ini dibatalkan,” katanya.

Susulan keputusan itu, Waytha memberitahu media beliau akan mengemukakan rayuan. – 18 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Mahkamah benarkan rayuan Badan Peguam cabar DNAA Zahid

Panel tiga hakim memutuskan permohonan Badan Peguam bukan sesuatu yang remeh namun menimbulkan isu yang boleh dibicarakan yang wajar didengar pada peringkat substantif

Early start for Abang Bas in Putrajaya

When most Malaysians are getting some shut-eye before attending the National Day 2023 celebration at Dataran Putrajaya today, bus driver Mohammad Saudi Abd Sahiis is eagerly on the road to ferry passengers to the venue.

Remembering Tun Samy Vellu: a minister who listened and acted – Ravindran Raman Kutty

The writer reminisces about the late Works Minister's work ethic on what would have been his 89th birthday

◉ Related