◉ HEADLINES

Perselisihan kecil perlu ditangani segera, elak negra ‘kacau-bilau’: PM

Kerajaan sentiasa memantau tahap keselamatan negara, termasuk bersama Majlis Keselamatan Negara selain menggerakkan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia

6:05 PM MYT

 

BUKIT MERTAJAM — Sebarang perselisihan kecil dalam negara perlu ditangani segera supaya tidak berkembang menjadi krisis yang boleh menggugat keamanan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan bahawa perpaduan rakyat, kestabilan dan keselamatan negara perlu menjadi keutamaan ketika Malaysia berdepan tekanan ekonomi serta ketidaktentuan akibat konflik antarabangsa.

“Sebab kita belajar, kalau mula bergaduh saja, hancur negara, ekonomi habis, orang ada kerja pun hilang kerja, yang hidup sihat pun terkorban.

“Jadi, kita jangan tunggu sampai keadaan itu, kerana kita bernasib baik masih lagi bertahan,” kata beliau ketika berucap pada program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, di sini hari ini.

Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang isu melibatkan sensitiviti agama atau kaum perlu diselesaikan mengikut undang-undang dan melalui rundingan, bukan dengan emosi mahupun provokasi.

Sehubungan dengan itu, Anwar menyeru rakyat agar terus memperkukuh semangat kebersamaan, mengelakkan perpecahan serta mengekalkan keharmonian demi masa hadapan negara.

“Jaga keamanan negara kerana kita ada pelbagai kaum dan agama. Mana ada negara di dunia yang ada pelbagai kaum, pelbagai agama, boleh aman dan tenang seperti (Malaysia) ini. Panas sikit, tak puas hati sikit, merajuk sikit, itu biasalah tak apa boleh tahan lagi tetapi jangan gaduh,” kata beliau.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut memuji sikap toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini, yang menjadi kekuatan utama Malaysia.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan sentiasa memantau tahap keselamatan negara melalui mesyuarat berkala termasuk bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), selain menggerakkan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan keadaan kekal terkawal.

Beliau berkata kerajaan juga telah mengarahkan pemantauan rapi pada semua peringkat bagi memastikan keselamatan negara terus terpelihara dalam menghadapi cabaran semasa.

“Negara lain sedang bergolak, ekonomi mereka jatuh, nilai mata wang merosot. Kita masih bertahan kerana kestabilan dan kita urus dengan baik,” kata beliau. – 20 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related