◉ HEADLINES

Banjir lumpur: DBKL keluar perintah henti kerja di Bukit Kiara

Kerja-kerja pembangunan cerun itu tidak lagi dibenarkan dilaksanakan secara menyeluruh tanpa kawalan sebaliknya mesti dilaksanakan secara berfasa dan terkawal

9:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perintah henti kerja dikeluarkan serta merta dan kompaun dikenakan ke atas kontraktor yang terlibat susulan banjir lumpur di Jalan Abang Haji Openg, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), juga memutuskan semua kerja pembangunan cerun sekitar Taman Persekutuan Bukit Kiara dikaji semula.

Jelasnya, satu garis panduan pembangunan kerja tanah secara berfasa dan terkawal akan diperkenalkan di kawasan tersebut.

“Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud telah mengarahkan semua pihak terlibat untuk menghadiri mesyuarat tergempar bagi menilai semula pelan mitigasi dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kontraktor bagi memasti kejadian tidak berulang.

“DBKL akan terus memperketatkan kawal selia kerja tanah di kawasan cerun.

“Kerja-kerja tersebut tidak lagi dibenarkan dilaksanakan secara menyeluruh tanpa kawalan sebaliknya mesti dilaksanakan secara berfasa dan terkawal,’’ katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut turut turun ke lokasi kejadian bersama Fadlun malam tadi.

Pada Sabtu, tular rakaman video yang menunjukkan lumpur melimpahi Jalan Abang Haji Openg.

Ia susulan tembok penahan sedia ada berhampiran tapak projek Menyiapkan Baki Kerja Pembangunan Zon Pentadbiran Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur – Fasa 1B di Jalan Abang Haji Openg, TTDI, runtuh susulan hujan lebat.

Insiden itu melibatkan projek pejabat Zon Pentadbiran Taman Persekutuan Bukit Kiara, Jabatan Landskap Negara (JLN) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang dilaksanakan oleh pihak JKR di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR).

Hannah Yeoh berkata JKR dan JLN digesa untuk mengambil langkah mitigasi dengan segera bagi mengelakkan kejadian banjir lumpur berulang. – Gambar Facebook Hannah Yeoh, 19 April, 2026

Menurut Hannah, DBKL akan terus memperketatkan kawal selia kerja tanah di kawasan cerun dan kerja-kerja tersebut tidak lagi dibenarkan dilaksanakan secara menyeluruh tanpa kawalan sebaliknya mesti dilaksanakan secara berfasa dan terkawal.

“Saya juga telah menggesa JKR dan JLN untuk mengambil langkah mitigasi dengan segera bagi mengelakkan kejadian berulang.

“Keselamatan awam mesti menjadi keutamaan dan semua pihak yang bertanggungjawab perlu bertindak dengan segera serta penuh komitmen,’’ katanya.

Beliau turut memaklumkan, susulan banjir lumpur itu, langkah-langkah segera diambil malam tadi termasuk operasi pembersihan oleh ⁠Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama DBKL selain pasukan kontraktor, membuka struktur penghadang (hoarding) di kawasan yang terlibat dan membaiki perangkap kelodak (silt trap) bagi mengawal aliran air permukaan.

Selain itu, pusat kawalan oleh DBKL turut ditubuhkan bagi menyelaras operasi di lokasi dan Bomba berada dalam keadaan siap siaga di lokasi untuk membantu operasi kecemasan sekiranya diperlukan. – 19 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related