◉ HEADLINES

PAS kecam RTM sekali lagi siar kartun berunsur LGBT

Selepas Santiago of the Seas, kini kartun baharu Cleopatra in Space didakwa turut membawa mesej LGBT ke kaca TV

9:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS mengecam Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas saluran TV2 didakwa menyiarkan kartun animasi Cleopatra in Space yang mengandungi unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yahaya, berkata ini merupakan kali kedua RTM menyiarkan kartun berunsur LGBT selepas kontroversi Santiago of the Seas tahun lalu.

“Penerbit RTM perlu lebih berwaspada terhadap usaha terselindung untuk menyebarkan unsur LGBT dalam masyarakat melalui kartun,” katanya.

Ahmad turut mempersoalkan proses tapisan kandungan RTM, menegaskan pihak berkuasa tidak boleh memandang ringan atau bersikap sambil lewa dalam memantau rancangan dari luar negara.

“Malaysia tidak boleh mengambil mudah dalam mengawal kandungan yang disiarkan, terutamanya melibatkan rancangan antarabangsa,” ujarnya.

Tahun lalu, RTM menggantung siaran Santiago of the Seas selepas menerima aduan mengenai unsur LGBT secara tidak langsung. Walaupun semakan dalaman tidak menemui adegan hubungan sejenis, penyiar itu tetap menghentikan tayangan untuk penilaian lanjut. – 22 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related