◉ HEADLINES

Onn Hafiz angkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor

Pelantikan itu menyusul kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang menyaksikan BN memperoleh 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan

5:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Onn Hafiz Ghazi selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor, bagi penggal baharu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, petang ini.

Pelantikan itu menyusul kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu, yang menyaksikan BN memperoleh 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Memetik laporan media, istiadat angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Terdahulu, Bernama melaporkan, kenderaan yang membawa Pengerusi BN Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap itu tiba di Istana Bukit Serene, kira-kira 3.40 petang.

Sebelum ini pihak Istana menerusi jemputan kepada media memaklumkan, liputan istiadat berkenaan hanya dibenarkan di pintu Mahkota Istana Bukit Serene.

Suasana di sekitar pintu masuk istana turut menyaksikan kehadiran anggota keselamatan, pegawai kerajaan dan wakil media, yang menunggu ketibaan tetamu kenamaan serta perkembangan istiadat berkenaan.

Pada PRN Johor semalam, BN menang 48 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lapan kerusi.

Sementara Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Sosialis Malaysia, Parti Muda dan Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) pula gagal memenangi sebarang kerusi manakala enam calon Bebas yang bertanding turut berdepan nasib serupa.

Pada PRN ke-16, Onn Hafiz memperoleh 20,382 undi untuk menewaskan calon PH, Nur Hafiz Roslan yang meraih 5,007 undi, sekali gus menang dengan majoriti 15,375 undi. – 12 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related