◉ HEADLINES

Kerajaan tidak akan pertimbang prinsip asas GST, sedia tambah baik SST : PM

Kerajaan boleh mempertimbang beberapa komponen GST, tetapi prinsip teras Kerajaan Madani bukan untuk meningkatkan beban cukai ke atas segmen penduduk termiskin

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan mempertimbang prinsip asas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai cukai menyeluruh dan bersedia membuat pelarasan untuk menambah baik pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan boleh mempertimbang beberapa komponen GST, tetapi menegaskan bahawa prinsip teras Kerajaan Madani bukan untuk meningkatkan beban cukai ke atas segmen penduduk termiskin.

“Saya tidak bersedia untuk mempertimbang asas GST kerana ia masih merupakan cukai yang bersifat menyeluruh. Cukai itu akan dikenakan ke atas setiap rakyat, termasuk rakyat termiskin. Jadi, prinsip teras kerajaan perlu didukung,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan acara TikTok Shop Summit 2026, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan sedang mempertimbang untuk memperbaharui rejim cukai penggunaan bagi menjadikannya lebih progresif dan cekap, termasuk kemungkinan memperkenalkan semula aspek GST.

Isu itu hangat diperbincangkan dengan pelbagai cadangan diketengahkan termasuk cukai ke atas transaksi pembayaran elektronik untuk meluaskan hasil cukai serta mengembalikan GST bagi membolehkan kerajaan mencapai sasaran fiskalnya.

Malaysia melaksanakan SST selepas beralih daripada GST pada 2018 susulan bantahan terhadap cukai menyeluruh tersebut berikutan peningkatan kos sara hidup.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, prinsip teras kerajaan Madani adalah untuk tidak menaikkan cukai ke atas golongan termiskin.

“Sama ada kita perlu membuat beberapa pelarasan untuk menambah baik pelaksanaan SST atau menggunakan beberapa komponen GST, sudah tentu, kita boleh melakukannya.

“Namun prinsip teras kerajaan Madani ini bukanlah untuk meningkatkan cukai ke atas golongan termiskin. Oleh itu, prinsip asas GST tidak boleh dipertimbangkan,” kata beliau. – 20 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related