◉ HEADLINES

Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden keselamatan di selatan Thailand: Wisma Putra

Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menjalin hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam memantau perkembangan dan menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia di wilayah itu

3:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada laporan warga Malaysia terjejas oleh insiden keselamatan di wilayah sempadan selatan Thailand iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat pada malam 22 Ogos 2026, menurut Kementerian Luar.

Dalam nasihat media mengenai situasi keselamatan di wilayah berkenaan pada Ahad, kementerian yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra itu memaklumkan pihaknya memantau teliti situasi itu dan akan memberikan maklumat terkini jika perlu.

“Pasukan keselamatan tempatan telah meningkatkan pengawasan dan langkah keselamatan di seluruh kawasan terjejas, termasuk mengenakan perintah berkurung sementara,” katanya.

Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menjalin hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam memantau perkembangan dan menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia di wilayah itu.

“Rakyat Malaysia yang menetap di sana, sedang mengunjungi atau bercadang untuk pergi ke dan dari wilayah sempadan selatan Thailand dinasihatkan supaya lebih berhati-hati, sentiasa berwaspada dan mematuhi semua nasihat keselamatan, perintah berkurung serta arahan keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Bagi memudahkan komunikasi dan sokongan konsular tepat pada masanya, rakyat Malaysia digesa untuk mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat hubungan mereka menerusi portal e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my. – 23 Ogos, 2026

Untuk bantuan konsular segera atau kecemasan, warganegara Malaysia boleh menghubungi perwakilan negara yang berkaitan di Thailand menerusi butiran berikut:

Kedutaan Malaysia di Bangkok

Telefon: +66 2 340 5720

E-mel: mwbangkok@kln.gov.my

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla

Talian Kecemasan: +(6674) 316 274 / +(6681) 990 1930

Pertanyaan Umum: +(6674) 324 004 / +(6674) 312 353

E-mel: mwsongkhla@kln.gov.my

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related