◉ HEADLINES

Siri pengeboman selatan Thailand: PDRM tingkat kawalan sempadan

Pasukan Gerakan Am (PGA) turut memperketat rondaan di laluan berisiko dan Sungai Golok bagi memastikan benteng keselamatan negara kekal terkawal berikutan gelombang serangan di Selatan Thailand

5:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan di sepanjang kawasan sempadan Malaysia-Thailand susulan siri letupan dan serangan yang melanda Yala, Pattani, serta Narathiwat di Selatan Thailand.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan penempatan anggota Briged Tenggara dan Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) telah diperketat.

Langkah itu turut melibatkan peningkatan rondaan di sepanjang pagar sempadan, laluan Sungai Golok, serta lokasi-lokasi yang berpotensi digunakan oleh penceroboh.

“JKDNKA memberi jaminan kawalan sempadan negara kekal berada pada tahap terkawal,” katanya memetik laporan Bernama.

Meskipun berlaku pergolakan di negara jiran, JKDNKA memberi jaminan bahawa pintu masuk dan kawasan sempadan negara kekal berada pada tahap yang terkawal.

PDRM juga memperkukuh pendekatan pencegahan, pengesanan awal, serta tindak balas pantas melalui kerjasama risikan dan perkongsian maklumat bersama agensi keselamatan Thailand.

Setakat ini, tiada laporan yang menunjukkan rakyat Malaysia terjejas atau menjadi mangsa dalam insiden berkenaan.

Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok serta Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau perkembangan terkini.

Rakyat Malaysia yang menetap, berada, atau merancang perjalanan ke wilayah berkenaan dinasihatkan supaya menangguhkan sebarang pergerakan yang tidak mustahak, sentiasa berwaspada, dan mematuhi perintah berkurung jika dikuatkuasakan.

“Mereka juga perlu mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Thailand, termasuk perintah berkurung sekiranya dikuatkuasakan, selain mendaftar dan mengemas kini maklumat melalui portal e-Konsular bagi memudahkan urusan mendapatkan bantuan konsular ketika kecemasan,” kata Mohd Yusri.

Pihak keselamatan turut menggesa rakyat Malaysia di sana supaya mendaftar serta mengemas kini maklumat menerusi portal e-Konsular bagi memudahkan saluran bantuan kecemasan.

Sebelum ini, wilayah Narathiwat dikenakan perintah berkurung dari jam 10.15 malam Sabtu hingga 5 pagi Ahad berikutan lebih 50 insiden pengeboman dan pembakaran premis kerajaan tempatan.

Dentuman kuat daripada serangan itu turut dirasai penduduk di kawasan sempadan tanah air seperti Kampung Lubok Gong dan Kampung Tersang di Rantau Panjang. – 24 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related