◉ HEADLINES

Lee Chean Chung ‘duduk diam macam tunggul’: Tengku Zafrul

Amanah pengundi dan kemelut parti dua perkara berbeza: Ahli Biro Politik PKR persoal tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya lepaskan kerusi tetapi mahu tanding semula di kawasan sama

10:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Keputusan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, melepaskan kerusinya terus mencetuskan pertikaian apabila pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil membidas alasan di sebalik langkah mengejutkan itu.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mempersoalkan dakwaan Chean Chung yang mendakwa tidak mahu “duduk diam seperti tunggul” selepas digantung keahlian PKR selama tiga tahun, sambil menegaskan bahawa tindakan parti tidak pernah menyekat peranan beliau sebagai wakil rakyat.

“Beliau kata tidak mahu terus menerima gaji tetapi duduk diam seperti tunggul. Tapi siapa yang suruh duduk diam? Kerusi Parlimen masih ada. Ruang untuk membawa suara rakyat Petaling Jaya masih ada,” tegas Zafrul.

Perkongsian menerusi satu hantaran di Instagram milik (@tzafrul_aziz), Tengku Zafrul itu menegaskan bahawa tanggungjawab terhadap pengundi tidak sepatutnya dikorbankan hanya disebabkan isu dalaman parti.

Ahli Ex-Officio Biro Politik PKR itu turut membangkitkan bahawa sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini serta pembentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat merupakan medan terbaik untuk Chean Chung berkhidmat.

Langkah melepaskan kerusi itu juga disifatkan bercanggah dengan ikrar Chean Chung sendiri pada Jun lalu untuk kekal sehingga Parlimen dibubarkan.

“Sebab itu bagi saya kita kena bezakan dua perkara: satu masalah dengan parti, satu lagi amanah daripada pengundi.

“Kalau masih mahu berkhidmat untuk Petaling Jaya, persoalannya mudah: kenapa lepaskan mandat yang sudah ada, kemudian datang semula meminta mandat yang sama?,” katanya.

Meskipun menyatakan rasa hormat terhadap pengalaman 18 tahun Chean Chung dalam PKR, Tengku Zafrul menyifatkan tindakan melepaskan kerusi sambil menyatakan hasrat bertanding semula di kawasan yang sama pada pilihan raya akan datang sebagai satu keputusan yang sukar difahami. – 5 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related