◉ HEADLINES

Perbelanjaan subsidi kerajaan turun 40.1% kepada RM23.43 bilion pada 2025

Pengurangan perbelanjaan subsidi itu antaranya disebabkan oleh penurunan harga minyak mentah dunia dan inisiatif penyasaran semula subsidi diesel bermula bulan Jun 2024 serta subsidi petrol pada bulan September 2025

2:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perbelanjaan subsidi kerajaan pada 2025 turun 40.1 peratus kepada RM23.43 bilion daripada RM39.10 bilion pada 2024, berikutan penurunan harga minyak mentah dunia dan pelaksanaan inisiatif penyasaran semula subsidi diesel serta petrol.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 melaporkan penurunan sebanyak RM15.67 bilion itu antaranya disumbangkan oleh pengurangan ketara perbelanjaan subsidi produk petroleum sebanyak RM15.79 bilion kepada RM19.11 bilion daripada RM34.91 bilion pada 2024.

“Pengurangan perbelanjaan subsidi antaranya disebabkan oleh penurunan harga minyak mentah dunia dan inisiatif penyasaran semula subsidi diesel bermula bulan Jun 2024 serta subsidi petrol pada bulan September 2025,” lapor Bernama.

Ia memaklumkan harga purata minyak mentah dunia turun kepada US 69.053 setong pada 2025 daripada US 80.818 setong pada 2024.

Perbelanjaan subsidi petrol berkurangan 46.5 peratus kepada RM10.51 bilion daripada RM19.66 bilion manakala subsidi diesel turun 48.2 peratus kepada RM5.98 bilion daripada RM11.54 bilion.

Subsidi gas petroleum cecair (LPG) pula berkurangan 29.1 peratus kepada RM2.63 bilion daripada RM3.71 bilion.

Sementara itu, perbelanjaan bagi pemberian kebajikan dan bantuan kepada masyarakat, individu serta keluarga meningkat 380.8 peratus kepada RM20.36 bilion pada 2025 daripada RM4.24 bilion pada 2024.

“Peningkatan perbelanjaan ini antaranya disebabkan oleh penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) dan Kos Operasi STR,” menurut laporan itu. – 5 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

◉ Related