◉ HEADLINES

Jerebu teruk di Johor: 5 penerbangan LTAS tertangguh termasuk pesawat dinaiki Anthony Loke

Jarak penglihatan terhad di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai memaksa pesawat dilencongkan ke Changi dan KLIA, manakala penerbangan Menteri Pengangkutan turut ditangguhkan hampir dua jam

3:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Masalah jerebu tebal yang melanda Johor pagi tadi melumpuhkan sementara operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), membabitkan sekurang-kurangnya lima penerbangan yang terpaksa dilencongkan dan ditangguhkan akibat jarak penglihatan yang terhad.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan bahawa beberapa pesawat yang dijadualkan mendarat di Senai terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Changi di Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atas faktor keselamatan.

Malah, beliau sendiri turut menjadi ‘mangsa’ penangguhan itu apabila penerbangannya dari KLIA ke Senai terpaksa ditunda hampir dua jam.

“Beberapa penerbangan pada pagi ini memang terjejas oleh kerana jarak penglihatan rendah di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Bukan sahaja tak boleh mendarat, tetapi yang belum berlepas pula diminta untuk menundakan penerbangan tersebut,” katanya.

Bercakap kepada media selepas majlis pelancaran Armada Lori Terminal Berkuasa Elektrik di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) hari ini, Loke mendedahkan penerbangan awalnya pada jam 7.15 pagi terpaksa ditahan di tempat berlepas.

“Penerbangan saya juga terjejas. Sepatutnya penerbangan saya berlepas awal pagi tetapi selepas mendaftar masuk sekitar 7 pagi, juruterbang memaklumkan bahawa pesawat tidak boleh mendarat di Senai.

“Maka kalau kita berlepas sekali pun, ia tetap tidak boleh mendarat jadi lebih baik kita menunggu di KLIA. Jadi kita menunggu hampir satu jam 45 minit, hingga 9 pagi baru berlepas,” tambah beliau.

Krisis penerbangan ini menyusul susulan keadaan kualiti udara yang memburuk di Johor.

Setakat jam 9 pagi tadi, tujuh kawasan di negeri berkenaan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, dengan Segamat mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 186, diikuti Pasir Gudang (180), Larkin (178) dan Tangkak (171). – 8 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

◉ Related