◉ HEADLINES

Tindakan ke atas Shuhaily ikut proses undang-undang: Anwar

Anwar berkata meskipun pelantikan Shuhaily sebelum ini dibuat berasaskan penilaian terhadap prestasi serta keupayaan beliau namun jika timbul laporan atau dakwaan salah laku, siasatan terperinci wajar dijalankan

2:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan ke atas Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain mengikut lunas undang-undang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, meskipun pelantikan Mohd Shuhaily sebelum ini dibuat berasaskan penilaian terhadap prestasi serta keupayaan beliau namun jika timbul laporan atau dakwaan salah laku, siasatan terperinci wajar dijalankan.

Anwar berkata sebarang keputusan untuk mendakwa tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC) berdasarkan hasil siasatan pihak polis.

“Kalau tanya saya dari segi peribadi, memang ada simpati. Tetapi kalau ada dakwaan, sama ada daripada orang ramai atau polis, itu soal siasatan. Janganlah minta saya atau Menteri Dalam Negeri campur (tangan).

“Apabila seseorang penjawat awam didakwa, (lazimnya) dia akan dipindahkan atau dilepaskan daripada jawatan mengikut prosedur. Janganlah kita anggap ini sebagai satu isu kontroversi atau (bermotifkan) politik, tidak ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shahidan Kassim pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Shahidan membangkitkan rasional pertukaran Shuhaily yang kembali ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedangkan beliau menunjukkan prestasi cemerlang, selain mempersoalkan tindakan mengambil kira laporan polis berbanding laporan dalaman agensi berkenaan susulan penularan satu klip video keselamatan.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu kerajaan tidak akan berkompromi atau mengamalkan sikap dwistandard terhadap mana-mana pegawai penguat kuasa yang didapati melanggar undang-undang, meskipun individu terbabit memiliki rekod prestasi cemerlang.

“Kita kena ingat, betapa baik pun mana-mana pegawai, dia mesti ikut peraturan. Kalau ada dakwaan-dakwaan atau tuduhan seseorang itu didera, dia (perlu) mengikut proses.

“(Ahli Parlimen) Arau tahu, (pada tahun) 1998 Ketua Polis Negara dipenjara kerana memukul seseorang. Apakah dia tidak ada jasa? Dia ada jasa. Jadi kita ada dua perkara, iaitu kerja mesti profesional, tapi kalau ada tindakan yang melanggar undang-undang, itu kena ikut proses,” katanya.

Anwar berkata sebarang keputusan untuk mendakwa tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC) berdasarkan hasil siasatan pihak polis.

Pada 29 Okt lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk mengembalikan Mohd Shuhaily, yang sebelum ini berada dalam kontrak peminjaman kader sebagai Ketua Pengarah AKPS, kepada perkhidmatan PDRM.

Terdahulu pada 21 Okt, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap dua anggota Cawangan Khas PDRM di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Sept lepas. – 3 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related